32.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 20, 2021

Hutang Negara: SSTDM Menipu pengikut mereka yang tidak berpengetahuan

SSTDM yang menipu lagi terhadap pengikut mereka yang tidak mempunyai pengetahuan.

Mereka berkongsi posting menunjukkan hutang telah meningkat di bawah Najib tetapi tidak menunjukkan bahawa 6 tahun pertama Mahathir sebagai PM menyebabkan hutang kerajaan meningkat dari 40% kepada lebih daripada 100%, hutang berbanding KDNK.

sstdm-tipu-hutang-negara-1600

Manakala 6 tahun pertama Najib hutang kepada nisbah KDNK bertambah dari 40% kepada 54% sahaja – ini adaah kerana pada tahun pertama Najib menjadi PM, ia adalah krisis sub-prima dan kemelesetan ekonomi di seluruh dunia oleh itu Najib perlu meminjam untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia dengan menyuntik dana ke dalam ekonomi.

sstdm-tipu-hutang-negara-2600

SSTDM telah mengabaikan hakikat bahawa tahap hutang perlu mengambil kira pendapatan dan perolehan juga – bukan secara berasingan.

Jika Najib melakukan perkara yang sama seperti Mahathir lakukan dalam tempoh enam tahun pertama beliau menjadi PM, kita akan termasuk ke dalam kedudukan yang berbahaya.

Dan jika kita tidak akan bankrap apabila hutang berbanding KDNK melebihi 100% seperti yang beraku di zaman pentadbiran Mahathir, bagaimana Malaysia boleh bankrap apabila pinjaman hanya 54% berbanding KDNK yang dibuat oleh Najib?

Posting tipu SSTDM

Berita Berkaitan

Komen

  1. Madey buat hutang banyak.. Tp kebanyakan projek diswastakan dan perjanjian kebanyakan tidak memihak kerajaan.. Kebanyakan perjanjian menguntungkan kroni…. Persoalan kemanakah pinjaman negara itu disalurkan????

  2. Page hg yg bnyak mengencing org… oi admin ..hg nk bela parti ka hg nk bela bossss hg … elelele x bg merajukkkkk…nnt x buat kejeeee… boss hg ckp mcm tu masa pau ritu…kua kua kua kua kuaaaaa… bangang x hbs hbs

  3. Masa era Tun Hussien Onn suami shaja yang bekerja dan isteri adalah suri rumah sepenuh masa jaga anak2 dan siapkan kelengkapan anak2 ke sekolah. Zaman May Daylah bermulanya kos sara hidup meningkat. Dari penghujung tahun 80an lagi suami isteri perlu berkerja. Zaman hutang May Day tak ada pun minyak dan elektrik turun. TAK PERNAH merasa. Sekarang ni dibawah pentadbiran Najib minyak berkali2 turun. Tahun depan in sha Allah elektrik turun dengan adanya 1MDB.

  4. Fitnah dan berdengki dengan orang,
    Buruk kan orang dengan orang lain,
    Allah tidak ampun kan dosa tersebut.
    Nanti di Akhirat merangkak di bawah panas terik mencari orang tu balik.
    Berat azab.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.