Ibrahim Ali Akan Dedah Dua ‘Rahsia’ Pembangkang

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

anwar-ibrahim-taman-melati2Dua ‘rahsia’ yang boleh ‘mengejutkan’ rakyat Malaysia akan didedahkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali selepas hari penamaan calon pilihan raya umum ke-13.

Katanya rahsia tentang pemilikan aset pemimpin pembangkang tertentu dan tentang kerjasama antara parti-parti pembangkang itu, boleh menggugat keyakinan para penyokong terhadap parti pembangkang.

“Saya mempunyai maklumat tentang dua rahsia ini iaitu berhubung masalah kerjasama antara PAS, DAP dan PKR serta maklumat tentang pemimpin tertentu yang menguasai aset tertentu dalam pakatan pembangkang tetapi tidak boleh didedahkan sekarang…dua perkara itu juga dijangka mampu mengejutkan rakyat Malaysia.

“Saya akan serahkan maklumat itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin pada malam Sabtu dan terpulang pada beliau (Perdana Menteri) sama ada akan mendedahkannya atau tidak.

“Namun saya sendiri akan mendedahkannya sekiranya beliau tidak berbuat demikian. Saya berani pikul tanggungjawab itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu membuat laporan polis berhubung kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya untuk menghantar berita-berita tidak benar mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Jumaat.

Ibrahim juga mengesahkan bahawa beliau akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas, Kelantan, namun masih merahsiakan nama parti politik yang akan diwakilinya.

Beliau berkeyakinan tinggi Barisan Nasional (BN) dapat menubuhkan kerajaan di Kelantan kerana pemerintahan PAS selama 23 tahun tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Ibrahim juga yakin rakyat Kelantan yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur sudah dapat menentukan kepimpinan yang bakal dipilih untuk mentadbir Kelantan di masa akan datang.

Berhubung laporan polis yang dibuatnya petang Jumaat, Ibrahim menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya dan seterusnya merujuk kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab.

“Tindakan ini dilihat cuba untuk mensabotaj saya… saya buat laporan ini bagi melindungi diri saya sebab macam-macam perkara boleh dikeluarkan dalam akaun ini dan mungkin boleh mengelirukan orang ramai memandangkan pilihan raya sudah hampir,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply