Ibu bapa bawa anak serta himpunan esok boleh dihukum #kl112 - pakdin.my

Himpunan Kabangkitan Rakyat-12Jan2013-UNTUK SOKONG KISAH CINTA ANWAR SHAMSIDAR

Ibu bapa yang membawa anak menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjur pembangkang esok boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia, Datuk Noraini Mohd Hashim berkata, ibu bapa atau penjaga dinasihat tidak melibatkan anak-anak di bawah jagaan mereka dalam aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan seperti menyertai perhimpunan haram.

“Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab akan melindungi dan tidak membahayakan nyawa serta keselamatan kanak-kanak supaya kesejahteraan mereka terjamin.

UTAMAPOLITIKIbu bapa bawa anak serta himpunan esok boleh dihukum #kl112

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium