30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Ibu Bapa Cuai Jaga Keselamatan Anak Boleh Didakwa, Kata Heng

Gambar hiasan

Ibu bapa yang didapati cuai dalam tanggungjawabnya menjaga keselamatan anak-anak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie berkata di bawah akta tersebut, kementerian itu dan pihak berwajib diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas ibu bapa yang cuai.

Beliau berkata sudah sampai masanya para ibu bapa mengambil iktibar daripada tragedi yang menimpa adik Nurul Nadirah Abdullah@Dirang agar tidak ada lagi kanak-kanak lain yang terus menjadi mangsa kepada kekejaman individu yang tidak berperikemanusiaan.

“Saya sebenarnya bersetuju dengan gesaan dan pandangan yang diberikan oleh segelintir rakyat awam yang merasakan sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak-anak mereka.

“Untuk itu, saya akan mengesyorkan cadangan ini kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mendalami perkara tersebut dengan pihak-pihak berkaitan sebelum tindakan susulan diambil,” katanya ketika ditemu ramah dalam program ‘Dalam Radar’ terbitan Bernama Radio24 semalam.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan