Ibu bapa marah sekolah arah pelajar Islam sertai acara agama Hindu - pakdin.my

Ini bukan soal rasis tetapi soal akidah, samalah seperti kita melibatkan pelajar Hindu dalam menyambut perayaan Aidiladha. Adakan ibu bapa mereka akan membenarkan? Adakah boleh kita pula mengatakan mereka rasis kerana enggan bersama kita dalam melakukan ibadah korban?

Adakah kita lupa bekas Timbalan Menteri pernah cuba menghalang IBADAH korban diadakan di kawasan sekolah?
Lihat sini: https://pakdin.my/wp-content/uploads/2013/11/korban-puchong.jpg

PEDANG terima maklumat mengejutkan daripada ibu bapa pelajar mengenai perayaan Ponggal tahun ini semakin hebat di beberapa sekolah di Lembah Klang atau Negeri Sembilan, atau negeri lain.

Sebelum ini pun sudah ada sekolah anjur pesta Ponggal, tetapi tak sehebat seperti sekarang. Dan pula, belum muncul kesedaran berkenaan apakah pesta Ponggal itu satu perayaan budaya atau agama.

Namun, kali ini maklumat mengatakan pihak sekolah menengah kebangsaan (SMK) ‘memaksa’ pelajar Islam terbabit sama dalam menyediakan sambutan perayaan itu, sedangkan SMK adalah sekolah yang majoritinya pelajar Melayu beragama Islam.

Di Selangor, terdapat undang-undang khas dalam kes mendedahkan pengaruh agama bukan Islam kepada orang Islam berusia di bawah 18 tahun.

Dalam Seksyen 5, Bahagian II (Kesalahan) Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 Selangor, menyatakan:

Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan orang Islam berumur di bawah lapan belas tahun kepada pengaruh agama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan, atau membiarkan mana-mana orang lain di bawah umur lapan belas tahun yang beragama Islam supaya menerima ajaran dalam bidang agama bukan Islam, atau supaya menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keagamaan agama bukan Islam atau apa-apa aktiviti yang dianjurkan atau dikelolakan oleh atau yang dijalankan untuk faedah suatu agama bukan Islam atau apa-apa badan atau institusi yang bertalian dengan suatu agama bukan Islam.

(2) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) apabila disabitkan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi empat tahun, dan bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

(3) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen-kecil (1) bahawa orang yang dituduh itu, sebelum kesalahan yang dikatakan itu, telah diberitahu oleh ibu, bapa, atau penjaga orang yang berumur di bawah lapan belas tahun itu bahawa orang itu bukanlah orang Islam.

(4) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen-kecil (1) bahawa orang yang dituduh itu, sebelum kesalahan yang dikatakan itu, tidak diberitahu oleh ibu, bapa atau penjaga orang yang berumur di bawah lapan belas tahun itu akan agama itu.

[adinserter block=”1″]

Seperti kes ketua hakim negara dan peguam negara ‘bertwist’, Pedang ada kata undang-undang atau etika dah disediakan tetapi sendiri tidak ikut. Dalam isu Ponggal di sekolah ini pula, enakmen juga sudah ada, kenapa tidak ikut atau ambil tindakan?

Adakah Ponggal sambutan budaya atau agama?

Pedang petik tulisan Vilashiiney Panneerselvam, dalam portal Astro Awani yang diterbitkan pada 13 Januari 2013 lalu. Antara lain katanya:

“Ponggal merupakan perayaan sempena berakhirnya musim menuai, di mana hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari.

Hari pertama Ponggal dikenali sebagai ‘Bhogi’. Ia hari untuk Indran iaitu Dewa Awan dan Hujan.

Hari kedua dipanggil ‘Thai Pongal’ yang khusus untuk Dewa Matahari.

Hari ketiga, yang dikenali sebagai ‘Mattu Pongal’ adalah khusus untuk haiwan lembu.

Hari terakhir pula dikenali sebagai ‘Kaanum Pongal’, ia merupakan hari yang istimewa untuk wanita.

Jelas, Ponggal adalah perayaan keagamaan Hindu.

Bolehkah umat Islam turut terbabit dalam perayaan itu, sama ada menghiasi rumah atau sekolah dengan daun mangga atau menghiasi lantai atau kawasan lapang di sekolah dengan corak-corak yang dilukis menggunakan tepung beras atau beras berwarna?

Sama ada boleh atau tidak bagi umat Islam terbabit dengan Ponggal, Pedang petik AL-AFKAR #39: MUSLIM MENYERTAI PESTA PONGAL yang disiarkan dalam portal Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu diterbitkan semalam.

Antara lain Al-Afkar menyatakan, ulama setiap mazhab – Syafie; Maliki; Hanafi; dan Hanbali – sepakat bahawa meraikan perayaan keagamaan bukan muslim adalah haram.

Pedang tak tahulah sekolah-sekolah yang menganjurkan perayaan itu ikut mazhab mana. Mungkin mazhab baharu sudah wujud di Malaysia seiring dengan kewujudan Malaysia Baharu – Mazhab Rahmatan Lil Alamin PH.

Apa lagi kata Al-Afkar?

“Tanpa menafikan Pesta Pongal kini sudah dianggap sebagai tradisi yang merentas agama di sesetengah tempat di dunia, kami lebih cenderung bahawa ianya masih mempunyai unsur-unsur keagamaan sebagaimana sambutannya di Malaysia. Kesimpulannya, kami menjelaskan bahawa secara asasnya orang Islam adalah dilarang menghadiri dan menyertai Pesta Pongal yang disambut dalam kalangan masyarakat beragama Hindu kerana ia adalah perayaan keagamaan. Ini selari dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2017 pada 18-19 April 2017 dan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah, Bil. 1/2011 telah bersidang pada 15 – 17 Mei 2011M.”

Begitu pun, Al-Afkar juga menyatakan bahawa pemimpin boleh menghadiri perayaan itu dengan syarat tidak terbabit dengan sebarang upacara keagamaan.

“Dalam konteks Malaysia yang majmuk, pemimpin yang dipilih sewajarnya meraikan kepelbagaian dan perbezaan kaum dan agama yang ada. Sifat toleransi serta bertolak-ansur antara pemimpin dan rakyat ini akan menjadi satu simbol penyatuan yang utuh dalam menghasilkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Namun begitu, batas-batas agama tidak boleh dilangkaui. Satu kaedah fiqh yang masyhur menyebut:

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

Maksudnya: “Polisi pemerintah tertakluk kepada kemaslahatan rakyat”

Kaedah di atas menunjukkan kemestian ke atas pemimpin untuk sentiasa memikirkan maslahat-maslahat yang timbul dalam kalangan masyarakat awam yang diwakilinya.

Bagi mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan, kejiranan, sambutan di sekolah atau rakan sekerja yang beragama Hindu dan menerima jemputan untuk hadir, dibolehkan untuk hadir dengan syarat tidak terbabit dengan sebarang upacara keagamaan.

Dibolehkan untuk makan Nasi Susu (Sakkarai Pongal) dengan mengikut syarat sebagaimana yang telah kami nyatakan dalam Al-Kafi #564: Hukum Memakan Makanan Yang Dimasak Oleh Non-Muslim (Bukan Ahli Kitab).

[adinserter block=”1”]

Pun begitu, orang Islam dilarang untuk terlibat dalam program memasak Nasi Susu berkenaan kerana ia masih dalam ruang lingkup upacara keagamaan kerana asalnya, ia adalah makanan yang dipersembahkan untuk Dewa Surya.”

Pedang berpendapat, daripada kenyataan di atas pemimpin diberi kelonggaran untuk hadir pada perayaan itu, tetapi bersyarat.

Demikian juga di sekolah, pelajar Islam boleh hadir pesta Ponggal, tetapi haram jika turut terbabit dalam menyediakan majlis itu, termasuk menghiasi lantai sekolah dengan beras berwarna.

Apa yang Pedang dapat tahu ialah pelajar Islam juga dipaksa untuk terbabit dalam menyediakan sambutan berkenaan, termasuk menghiasi lantai dengan pelbagai corak yang dilukis menggunakan tepung beras atau beras berwarna.

Bukan sahaja pelajar, malah guru-guru beragama Islam juga turut terbabit dalam menyediakan majlis bagi perayaan Ponggal itu.

Haram tetap haram. Apabila Allah Taala memerintahkan melakukan sesuatu, maka lakukan. Apabila Allah Taala melarang melakukan sesuatu, maka patuh lah.

Masalah sekarang, banyak sangat alasan. Sedangkan jika ada was-was kita tahu jalan mana yang harus diambil.

Jangan pula menjadikan alasan ‘bagi menunjukkan penyatupaduan kaum’, maka hukum Islam diketepikan.

Kata Pedang: Takkan cikgu atau pengetua sekolah beragama Islam tidak tahu hukum haram menyertai perayaan agama lain? Atau, mereka sudah mula menyerap ideologi Rahmatan Lil Alamin PH.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net, tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

Sumber: ISMAWEB

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAIbu bapa marah sekolah arah pelajar Islam sertai acara agama Hindu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium