Video: Ibu Dan Bayi Terselamat Kemalangan Di Kilometer 30.3 Lebuh Raya Karak Arah Gombak - pakdin.my

 

Seorang ibu bersama bayi yang sedang dipangkunya antara tiga yang terselamat selepas kereta dinaiki terlibat dalam satu kemalangan awal pagi tadi.

Kejadian jam 5.30 pagi itu mengakibatkan dua yang lain terkorban.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 pagi di Kilometer 30.3 Lebuh Raya Karak arah Gombak.

Lori sarat membawa muatan papan lapis ini dalam perjalanan dari sebuah kilang papan di Kuala Lipis menuju Semenyih.

Ketika dipandu perlahan di laluan kiri lebuh raya, sebuah kereta Proton Wira yang tidak sempat mengelak lori berkenaan terus merempuh bahagian belakangnya.

Akibatnya, dua penumpang kereta maut.

Mangsa dikenali sebagai K. Rajkumaran, 32 tahun, dan seorang lelaki kurang upaya warga Myanmar, Salim Burhanuddin 56 tahun.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa.

Pemandu kereta dilaporkan cedera parah, manakala bayi dan ibunya yang duduk di bahagian belakang, terselamat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Kemalangan Di Lebuh Raya Karak Arah Gomba

UTAMABERITAVideo: Ibu Dan Bayi Terselamat Kemalangan Di Kilometer 30.3 Lebuh Raya Karak...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium