23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Ibu mertua dituduh cuba bunuh menantu

Wai Chee (kiri) dan kakaknya, Wai Mei (tengah) diiringi anggota polis semasa tiba di pekarangan Mahkamah Butterworth semalam.

BUTTERWORTH – Seorang ibu mertua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan cuba membunuh menantu secara menikam dan membakarnya dengan petrol, awal bulan ini.

Bukan warga emas itu, Lee Wai Chee, 60, seorang sahaja namun kakaknya, Lee Wai Mei, 63, juga dituduh melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa.

Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka secara bersama-sama cuba membunuh Yeoh Kar Tin, 42, di blok S, Jalan Jenahak, Taman Tun Hassan, Bukit Mertajam dekat sini, 8 Mei lalu.

Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa melakukan khianat ke atas mangsa dan kali ini pertuduhan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ramlan manakala dua beradik itu diwakili peguam Mok Yee Yew dan Christine Khoor.

Prosiding dijalankan hadapan Hakim Ikhmal Hishan Ahmad Tajuddin yang kemudian, memerintahkan Wai Chee supaya menjalani rawatan mental di Hospital Tanjung Rambutan sementara Wai Mei diberikan jaminan RM30,000.

Kes disebut semula pada 16 Jun depan.

Kedua-dua beradik itu didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 4 petang, 8 Mei lalu.

Difahamkan, kejadian tersebut disedari jiran terdekat yang kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedar diri.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan