ICERD: Kenyataan Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

KENYATAAN RASMI MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BERHUBUNG INTERNATIONAL CONVENTION ON THE ELIMINATION OF ALL FORMS OF RACIAL DISCRIMINATION ICERD)

Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW, keluarga, para Sahabat dan yang mengikut jejak Iangkah mereka hingga hari kesudahan. Konsep realism, realpolitik, idealism, sovereignity, geopolitics dan Iain-Iain bukanlah sesuatu yang asing bagi para sarjana Islam sejak dahulu. Secara asasnya, Islam mengiktiraf hubungan antarabangsa (international relations) sejak sekian Iamanya.

Misi Islam yang dibawa dalam kerangka hubungan antarabangsa jelas dapat dikesan dalam sirah Nabi SAW dan sejarah Islam. Ia membuktikan bahawa Syariat Islam itu sendiri bersifat dengan sifat rahmat kepada seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin).

Semalam 23 November 2018, kita mendapat perkhabaran berita hasrat kerajaan Malaysia secara rasmi untuk tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Sega/a Bentuk Diskriminasi Kaum atau ICERD. Kami mengikuti isu ini sejak dahulu lagi sebelum ianya menjadi kontroversi kebelakangan ini.

Sejujurnya, isu ini memerlukan penelitian yang amat mendalam sebelum sebarang keputusan dibuat.

Secara ringkasnya, inilah pendirian kami:

1. ICERD adalah salah satu daripada konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang Hak Asasi Manusia (HAM). ICERD diterima oleh Perhimpunan Agung PBB pada 21 Disember 1965. Ini adalah disebaban formalisasi polisi apartheid dan pengamalannya di Afrika Selatan yang menarik hampir sebulat suara kecaman daripada negara-negara di seluruh dunia. Tujuan utamanya adalah untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi bangsa dan mengelakkan serta menentang pengamalan rasis bagi tujuan mempromosikan kefahaman intra-bangsa, begitu juga membina komuniti antarabangsa yang bebas daripada sebarang diskriminasi bangsa.

2. Dengan meneliti hujah kedua-dua belah pihak yang menyokong dan membangkang, kami menyimpulkan bahawa ICERD tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia dengan mengambilkira beberapa hal berikut:

– Meratifikasi ICERD secara sewenang-wenang akan dilihat mendahului kuasa dan kedudukan Majlis Raja-Raja kerana sebarang perkara yang menyentuh kedudukan istimewa Melayu dan anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak adalah di bawah bidang kuasa DuIi-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

– Membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mencabar keabsahan Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan ICERD pada masa akan datang.

– Membuka ruang kepada mana-mana pihak mencabar kedudukan Islam dalam perlembagaan yang memperuntukkan keistimewaan terhadap agama Islam pada Perkara 3 (1) iaitu “Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama Iain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan” dan Perkara 11 (4) yang memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”

3. Tidak timbul isu menzalimi dan mencabul Hak Asasi Manusia (HAM) di Malaysia kerana Perlembagaan Malaysia sendiri menjamin hak setiap kaum, dan juga agama. Ini sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia daripada Perkara 5 hingga Perkara 13.

4. Hujah yang menyatakan bahawa Malaysia wajar meratifikasi ICERD kerana negara-negara Islam Iain turut meratifikasikannya ,adalah tidak sesuai untuk diterima kerana sejarah, adat dan uruf setempat yang berbeza. Apatah lagi mereka yang meratifikasikannya tidak semestinya mematuhi segala perkara yang diperuntukkan di bawah konvensyen tersebut seperti Israel. Namun begitu, kami menghormati keputusan negara-negara Islam seperti Palestin dan Arab Saudi yang menandatangani konvensyen tersebut kerana mereka Iebih mengetahui konteks maslahah dan mafsadah di negara mereka.

5. Tanpa menafikan beberapa sudut kelemahan yang wajib diperbaiki dari semasa ke semasa, keharmonian kaum dan keamanan di Malaysia sejak tahun 1957 hingga ke hari ini berdasarkan prinsip Rukun Negara dapat dilihat dan dirasai semua pihak.

6. Kesyumulan Islam dalam rangka hubungan antarabangsa dapat dirangkumkan dalam 3 elemen penting;

(i) gencatan senjata
(ii) semangat solidariti
(iii) keharmonian antara kaum dan agama.

Antara buktinya adalah sebagaimana yang dirakamkan dalam Piagam Madinah Perkara 15:

“Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesame sendiri terhadap (gangguan) orang Iain.”

7. Di sini jelas menunjukkan ketegasan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW berkenaan orang Islam di Madinah perlu dihormati dan dibenteng dari digugat hak-hak mereka. Ini termasuklah orang-orang bukan Islam yang hidup dalam satu negara yang berdaulat. 8. Kami tegaskan sekali lagi bahawa ICERD tidak perlu dan tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Ini kerana sekalipun dikatakan ada kebaikannya, namun kemudaratannya dikhuatiri adalah Iebih besar. Ia seperti yang diambil daripada nas Ilahi secara iqtibas:

Maksudnya: “…tetapi dosa keduanya Iebih besar daripada manfaatnya.” Surah aI-Baqarah: 219

la jua bertepatan dengan kaedah fiqah:

Maksudnya: Mencegah kerosakan / keburukan Iebih utama daripada menarik kebaikan

9. Justeru, kami menyambut baik ketegasan pihak kerajaan Malaysia untuk tidak melakukan ratifikasi ICERD walaupun mendapat tekanan pelbagai pihak. Tanpa ratifikasi ICERD, Perlembagaan Malaysia sudah menjamin hak-hak setiap warganegara tanpa mengira agama dan bangsa. Bukanlah kami bermaksud di sini bahawa Islam itu tidak komited terhadap segala bentuk pengesahan konvensyen antarabangsa terutamanya berkaitan HAM, namun — dalam konteks Malaysia – sebarang ratifikasi yang menyentuh isu bangsa dan agama sewajarnya memerlukan jawatankuasa yang inklusif pada peringkat pusat serta mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

DATO’ SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI Mufti Wilayah Persekutuan 24 November 2018 Sekian, terima kasih.

http://pakdin.my/tag/icerd

(Visited 724 times, 3 visits today)

Artikel berkaitan

One Reply to “ICERD: Kenyataan Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.