ICERD & PTPTN: Lim Guan Eng tai-chi lagi - pakdin.my

Dalam tempoh dua minggu ini sahaja, Menteri Kewangan kita mencuci tangan dengan isu kontroversi kerajaan PH sekali lagi.

Sebelum ini, dia tai-chi isu penjualan IHH Berhad kepada Jepun ke Perdana Menteri.

Isu ratifikasi ICERD pun, dia cuci tangan juga. Dia nafi bahawa bahawa DAP dan dia yang bangkitkan isu ICERD walaupun pernah diperjuangkan berulang kali oleh DAP sebelum ini.

Hari ini, Guan Eng berkata skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) bagi PTPTN diputuskan Kementerian Pendidikan, dan bukan dari Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, Lim enggan menyatakan sama ada beliau bersetuju dengan cadangan pelaksanaan pembayaran pinjaman pendidikan melalui PGB itu.

“Ia adalah keputusan kabinet, ia semua adalah keputusan kabinet,” katanya.

Yang dimaksudkannya tentu kabinet Malaysia – bukan kabinet Hong Kong.

Kita bersangka baik. Mungkin Menteri Kewangan kita sakit atas sebab tidak dapat tidur malam dan tidak hadir apabila kesemua isu-isu kontroversi ini dibincang dan diputuskan di kabinet.

Kalau ada salah pun, ianya salah orang lain.

Bukan salah Guan Eng ataupun DAP. Tidak mungkin sekali.

Nampaknya semangat tanggungjawab bersama ini tidak wujud dalam kerajaan PH.

Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/icerd

UTAMANAJIB RAZAKICERD & PTPTN: Lim Guan Eng tai-chi lagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium