ICERD: Setujukah DAP sekolah aliran Cina dihapuskan? - pakdin.my

Saya bukan tak kenal Chiong Yoke Kong yang pernah bekerja sepejabat dengan saya di ibu pejabat DAP dalam unit publisiti. Beliau yang kini ADUN Tanah Rata bersama ADUN Tras, Chow Yu Hui yang mengeluarkan kenyataan ‘DAP harus sokong ICERD’.

Sebelum nak sokong ICERD ini, saya nak tanya, jika kedua-dua wakil rakyat ‘junior’ ini ikhlas dalam membina masyarakat bangsa Malaysia, setujukah kamu untuk saya mencadangkan agar kita menghapus sekolah aliran Cina apabila sokong ICERD.

Buat apa nak asingkan masyarakat mengikut kaum sedangkan Pakatan Harapan kini sudah berkuasa dan boleh mewujudkan sekolah kebangsaan sepenuhnya dalam melahirkan bangsa Malaysia.

Juga, setujukah kamu untuk mengiyakan pandangan saya agar kerajaan tidak perlu mengiktiraf dan haramkan pengambilan sijil UEC oleh pelajar Malaysia agar prinsip kesaksamaan antara kaum dapat ditegak bagi menjamin keadilan untuk semua.

Jika dua wakil rakyat DAP ini bersetuju dengan 2 perkara di atas iaitu hapuskan sekolah aliran Cina di Malaysia dan haramkan pelajar Malaysia daripada mengambil peperiksaan UEC apatah lagi mahu kerajaan mengiktirafnya, saya pasti mampu duduk semeja untuk berbincang mengenai ICERD.

Memang tak boleh la kalau hanya sebut hak-hak Bumiputera nak dinyahkan atas prinsip kesaksamaan dan sokong ICERD tetapi sekolah aliran Cina boleh terus beroperasi dan terus berkembang selain iktiraf UEC sementelah DAP kini dah mentadbir Malaysia.

Amran Ahmad Nor merupakan timbalan pengerusi Gagasan Tiga (G3)

https://pakdin.my/tag/icerd

UTAMAPOLITIKICERD: Setujukah DAP sekolah aliran Cina dihapuskan?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium