Identiti Mayat Wanita Dikerat 15 Bahagian Masih Misteri - pakdin.my

Kes seorang wanita dikerat 15 bahagian di Ampang, Selangor.

Bukan sahaja identiti wanita itu masih misteri, mayat kanak-kanak lima tahun yang dibungkus dalam beg plastik juga masih belum dikenalpasti.

Yang ada setakat ini hanya cap jari wanita terbabit.

ACP AMIRUDDIN JAMALUDDIN/KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA
“Jari tersebut pihak polis telah ambil untuk dianalisa. Dapatkan cop jari dia dari semua aspeklah. Mana-mana yang kita fikir wajar dapat kita mengenal pasti siapakah sebenarnya mangsa.”

Polis juga masih lagi memanggil penduduk sekitar bagi membantu siasatan.

Siasatan turut mendapati kamera litar tertutup, CCTV di pintu masuk pangsapuri tidak berfungsi malah pergerakan keluar masuk kawasan ini juga tidak direkodkan.

Tiada objek tajam ditemui di tempat kejadian melainkan beberapa helai pakaian yang disumbat dalam bungkusan plastik.

Sehubungan itu polis meminta kerjasama orang ramai bagi menyalurkan maklumat berhubung pembunuhan ngeri itu.

———————-
Unit Forensik Polis Siasat Percikan Darah
Tinjauan TV3 siang tadi di pangsapuri lokasi mayat wanita yang dikerat kepada 15 bahagian ditemui mendapati Unit Forensik polis masih lagi berada di lokasi jenayah.

Siasatan tertumpu kepada percikan kesan darah mangsa namun pihak media dan orang awam tidak dibenarkan mendekati kawasan itu.

Pembunuhan kejam itu terbongkar kelmarin selepas seorang pekerja pembersih warga Indonesia yang hanya mahu dikenali sebagai Rita terhidu bau busuk dari unit pangsapuri yang dipercayai tidak berpenghuni sejak 10 tahun lalu.

Bau busuk itu kemudianya membawa kepada penemuan kaki manusia dan beberapa bungkusan plastik berisi organ dalaman.

——————–
Pekerja Pembersih Hampir Pengsan Temui Mayat Dikerat
Seorang pekerja pembersih menceritakan pengalamannya terhidu bau busuk dari unit pangsapuri yang dipercayai tidak berpenghuni sejak 10 tahun lalu, sebelum menemui mayat wanita yang dikerat kepada 15 bahagian.

RITA/PEKERJA PEMBERSIH
“Pintu tu terbuka macam ni nampak ruang tamu itu memang dah bau busuk, saya sampai muntah. Saya sudah berdiri kat hujung sampah itu terus kenapa hati saya macam disuruh masuk ke dalam, macam ada orang nak tolak saya. Saya tak mau masuk, saya takut. Saya jalan pelan-pelan, tiba-tiba dekat sini saya nampak kain bantal dibungkus, ditaruk kat tempat berak itu banyak ulatnya. Habis tu sebelah sini saya nampak peha. Saya langsung tak ingat apa-apa. Hampir pengsan, saya jalan macam ni, tak leh jalan.”

UTAMABERITAIdentiti Mayat Wanita Dikerat 15 Bahagian Masih Misteri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium