Patutlah selalu salah titik perpuluhan dan ekonomi negara menjadi huru hara. Semuanya jatuh merudum, yang naik kos sara hidup rakyat, saman dan angin.
…………….
Oleh Dennis Tan

Beliau bukan Chartered Accountant (CA) Australia New Zealand dan juga bukan Certified Practicing Accountant (CPA) Australia, malahan beliau bukan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) Malaysia.

Persoalannya, adakah beliau seorang akauntan bertauliah?

Lagi pendedahan oleh Dennis Tan
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2258181821138188&id=100008391758471
………

Pengakuan Lim Guan Eng

Oleh Wee Ka Siong

Lim Guan Eng sendiri mengakui beliau adalah seorang akauntan yang gagal (I was a failed accountant).

Saya memandang serius kenyataan Tony Pua yang mengatakan Lim Guan Eng berhak untuk menyaman mana-mana pihak yang mempersoalkan kelayakan akademiknya. Saya juga mengambil maklum mengenai lampiran dokumen Tony Pua yang menunjukkan keahlian Lim Guan Eng dalam Persatuan Akauntan Australia.

Walaubagaimanapun, ia membuktikan dengan jelas bahawa keahlian beliau hanyalah SEMENTARA. Keahlian sementara (provisional member) hanyalah langkah awal untuk menyertai modul dan peperiksaan bagi memenuhi syarat untuk menjadi seorang akauntan seterusnya mendapatkan keahlian penuh dalam Persatuan Akauntan Australia.

Selain itu, perjalanan seorang ahli sementara ini juga masih jauh lagi untuk mendapatkan gelaran akauntan apatah lagi akauntan bertauliah. Anda tidak boleh mengiktiraf diri sendiri. Bahkan Lim Guan Eng sendiri dalam satu forum pada bulan Mac 2012 mengakui bahawa beliau gagal menjadi akauntan dan menghabiskan masa kurang seminggu di sebuah firma akauntan di Malaysia sebelum dipecat.

https://www.malaysiakini.com/news/192814

Sejak itu, tiada lagi bukti yang mengatakan beliau bekerja dalam mana-mana syarikat akauntan atau beliau ada mengambil apa-apa modul atau peperiksaan yang melayakkan beliau bergelar seorang akauntan bertauliah. Malah, semakan atas talian di Institut Akauntan Malaysia (MIA) turut gagal menemui nama Lim Guan Eng sebagai ahli.

Di Malaysia, anda bukanlah seorang akauntan melainkan menjadi ahli MIA. Di bawah Akta Akauntan 1967 Seksyen 25(e), adalah menjadi satu kesalahan terhadap mana-mana individu atau organisasi mengakui diri mereka sebagai akauntan kecuali berdaftar dengan MIA.

http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/EN/Accountants%20Act%201967%20%5BAct%2094%5D%20(Online%20version%20as%20at%201%20September%202016).pdf
Hukuman bagi kesalahan itu ialah denda RM10,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya. Kami perhatikan, laman web DAP sendiri yang telah memperakui Guan Eng sebagai “akauntan bertauliah”.

https://dapmalaysia.org/biografi/biodata-of-lim-guan-eng/

Pada 11 Jun 2018, Guan Eng sendiri pernah berkata kepada media bahawa beliau adalah seorang akauntan. Katanya, “Liga dan permainan bola adalah dua perkara berbeza. Saya tahu tugas saya, saya adalah seorang akauntan.”

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/06/378654/unpopular-finance-minister-so-be-it-says-guan-eng

MCA atau saya sendiri sebenarnya tidaklah berminat untuk memanjangkan isu ini namun apa yang paling penting untuk diutarakan ialah mengenai kelembapan ekonomi negara.

Biarlah DAP dan rakyat untuk menilainya jika wujud kesalahan undang-undang. Ini soal integriti seorang pemimpin nasional!

Lagi pendedahan sila baca disini:
https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1204471813053654/
………

http://pakdin.my/tag/ijazah-palsu







5 KOMEN


TINGGALKAN KOMENTAR

Masukkan komentar anda
Sila masukkan nama anda