Ikat perut bukan penyelesaian - pakdin.my

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa penjawat awam perlu ‘mengikat perut’ agar kerajaan dapat berjimat, memulihkan ekonomi dan membayar hutang [1]

Kenyataan beliau mengingatkan saya dengan pendirian Perdana Menteri Greece George A. Papandreou pada tahun 2010. Beliau juga memperkenalkan dasar berjimat cermat atas alasan mahu membayar hutang negara. Polisi ini dibangkang oleh parti parti politik di sana tetapi kerajaan ketika itu berkeras meneruskan rancangan mereka.[2]

Akhirnya pertumbuhan ekonomi Greece terus merudum. Daripada -4.3% pada tahun 2009 kepada -5.48% pada 2010 dan -9.32% pada 2011. [3]

Secara teknikalnya, Greece sudah dianggap ‘muflis’ pada tahun tersebut [4]

Walaupun Kemelesetan Dunia 2007-2010 diakui IMF sebagai paling buruk sejak Great Depression 1929-1939 dan memberi kesan menyeluruh kepada seluruh dunia [5], DS Najib Razak ketika itu mengambil langkah agresif diluar kebiasaan dengan mengemukakan bajet mini RM60 bilion, menaikkan pelbagai insentif dan meransang pelaburan [6].

Tindakan beliau yang ketika itu masih Timbalan Perdana Menteri mencetuskan kecaman pelbagai pihak termasuklah Lim Kit Siang (林吉祥) [7].

Tetapi akhirnya pertumbuhan ekonomi negara melonjak daripada -1.514% pada 2009 kepada 7.425% pada tahun 2010. Kejayaan negara keluar daripada kemelesetan global dengan kadar yang sangat cepat menyebabkan rakyat tidak terlalu terasa dengan impak negatif yang melanda dunia.

Hutang negara yang melonjak disebabkan pakej stimulus ekonomi tersebut kemudiannya dikurangkan tahun demi tahun sehingga mencapai kadar ratio 50.9% GDP-to-debt pada 2017.

Begitulah kisah dua buah negara yang melalui jalan sukar ekonomi dunia. Negara pertama memilih langkah austerity (jimat-cermat) dan akhirnya tersembam ke bumi. Negara kedua memilih langkah berbelanja dan akhirnya bangun sebelum lutut mencecah tanah.

Austerity never works. Dunia sudah berubah. Ekonomi dunia sudah berbeza. Tetapi kita masih memilih jalan kegagalan dahulu kala.

Jangan layan sangat Lim Guan Eng tu Tun!

—–
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Rujukan:

[1] http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penjawat-awam-perlu-bersabar-ikat-perut-tun-m-202080

[2] https://www.theguardian.com/business/2010/mar/03/greece-austerity-measures

[3] https://data.worldbank.org/indicator/NY.GDP.MKTP.KD.ZG?locations=MY-GR&start=2008

[4] https://www.thestar.com.my/business/business-news/2011/07/02/greece-is-bankrupt/

[5] https://blogs.wsj.com/economics/2009/04/22/whats-a-global-recession/

[6] https://www.thestar.com.my/news/nation/2009/03/10/rm60bil-for-stimulus-package-update-2/

[7] https://blog.limkitsiang.com/2009/03/12/najibs-roll-of-the-dice-rm60-billion-economic-stimulus-package/?amp_markup=1

………
Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Bacaan tambahan
https://pakdin.my/tag/world-great-recession/

https://pakdin.my/tag/pakej-ransangan/

https://pakdin.my/tag/pakej-rangsangan

UTAMAEKONOMIIkat perut bukan penyelesaian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium