Ikuti Perkembangan Semasa, Elak Jadi Mangsa Penipu Siber – @NajibRazak - pakdin.my

cyber-law

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan berwaspada terhadap aktiviti penipuan siber terkini.

“Berbaloi untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan penipuan siber terkini. Berwaspadalah, lebih-lebih lagi dengan butiran bank dan kad kredit,” katanya menerusi akaun Twitter beliau.

Mesej tweet beliau turut mempunyai pautan kepada artikel bertajuk Look out for cyber cheats.

Artikel itu menyebut jenayah siber seperti penipuan menggunakan identiti sesebuah bank menerusi e-mel dan SMS boleh dielak sekiranya masyarakat lebih prihatin dengan perkembangan terkini teknologi.

Menurut Penolong Pengurus Besar Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia Joanne Wong, kes sedemikian berlaku apabila penipu menghantar e-mel, SMS atau menelefon mangsa bagi mendapatkan butiran peribadi seperti kredit kad, kata laluan dan kod kebenaran transaksi dengan menyamar sebagai wakil bank.

UTAMABERITAIkuti Perkembangan Semasa, Elak Jadi Mangsa Penipu Siber - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium