Imam Makkah Puji Keberanian @NajibRazak - pakdin.my

Imam Makkah puji keberanianSepang: “Ini kali pertama saya bertemu Datuk Seri Najib Razak dan saya menyukai sikap dan tingkah laku beliau,” kata Imam Masjid Abbad, Makkah Mohammad Sharif Mohammad Imrani yang membacakan doa selepas ketibaan Perdana Menteri di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Mohammad Sharif yang sudah 13 tahun berulang-alik ke Malaysia atas jemputan untuk program keagamaan termasuk menjadi imam setiap Ramadan terutama di Melaka berkata, sebagai seorang Arab, dia berbangga dengan keberanian, keprihatinan dan sikap ambil berat Najib terhadap kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin. “Beliau menunjukkan contoh terbaik kepada semua orang, sekali gus menunjukkan beliau seorang pemimpin yang baik malah pemimpin negara Arab pun belum tentu dapat mengikuti jejak langkah beliau,” katanya. Mohammad Sharif yang fasih berbahasa Melayu berkata, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dan berbangga mempunyai Perdana Menteri sebegitu kerana beliau sangat memahami dan mengambil berat kebajikan rakyat di negara ini.

UTAMABERITAImam Makkah Puji Keberanian @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium