IMF: GST lonjak ekonomi Arab Saudi

Ketika Malaysia ‘kembali ke belakang’ dengan mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Jun ini, ekonomi Arab Saudi pula berkembang positif hasil sistem percukaian itu.

Akhbar berpengaruh tempatan, Arab News pada 24 Mei lalu melaporkan bahawa pelaksanaan cukai nilai tambah (VAT) ala GST dengan kadar 5 peratus mulai 1 Januari lepas mula memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Cukai kepenggunaan itu yang turut dilaksanakan di 160 buah negara kerana telus dan gagal ditiriskan peniaga tidak jujur, malahan menyelamatkan ekonomi Arab Saudi daripada hanya bergantung pendapatan kepada sumber minyak.

Perkara itu bahkan disahkan pasukan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) diketuai Tim Callen dalam pertemuan dengan para pegawai Arab Saudi di Riyadh baru-baru ini yang terkejut dengan data pertumbuhan ekonomi negara itu.

Hasil perjumpaan tersebut, Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Abdullah Al-Jadaan mengakui yang negara terbesar Asia Barat itu kini berada di landasan tepat pemulihan ekonomi sejajar pelan tranformasi Wawasan 2030.

Pada masa sama, visi belanjawan 2018 kerajaan Arab Saudi juga merancang untuk menghapuskan segala subsidi secara bertahap-tahap bagi pelbagai produk tenaga agar ekonominya tidak lagi bergantung kepada sumber minyak.

Pengeksport petroleum terbesar di dunia itu bertindak menaikkan harga jualan runcit minyak sekitar seganda awal tahun ini sebagai antara inisiatif reformasi kebangsaan yang bertujuan untuk merencamkan sumber hasil ekonomi.

IMF dalam nota laporannya memaklumkan, pengenalan VAT di Arab Saudi, yang sebenarnya dipelajari daripada kisah kejayaan pengalaman GST di Malaysia sendiri, kini mengukuhkan budaya pengurusan percukaian lebih cekap.

Awal bulan ini, Kementerian Kewangan Arab Saudi menerbitkan laporan fiskal kewangan suku pertama 2018 yang menunjukkan pendapatan negara cecah 166 bilion riyal (RM176 bilion) naik 15 peratus berbanding rekod tahun lalu.

Sumber perolehan bukan minyak bahkan melonjak sebanyak 63 peratus kepada 52 bilion riyal (RM55 bilion) yang disumbangkan daripada pelaksanaan VAT, manakala sumber pendapatan daripada minyak hanya naik 2 peratus.

IMF mengunjurkan ekonomi Arab Saudi boleh meningkat sehingga 1.7 peratus pada tahun ini selepas berada dalam angka negatif sepanjang tahun lalu, sekali gus mampu mencapai kepada bajet seimbang menjelang tahun 2023.

Limpahan ekonomi turut dijana pelbagai projek prasarana skala mega yang berimpak tinggi termasuk pembesaran terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah bernilai 7.2 bilion riyal (RM7.6 bilion).

Pelaksanaan VAT di Arab Saudi yang mengambil ideanya dari model Malaysia; turut menyebabkan jirannya iaitu Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Oman dan Qatar mengikut jejak yang sama.

http://pakdin.my/tag/gst/
http://pakdin.my/tag/saudi-arabia

(Visited 3 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

13 Replies to “IMF: GST lonjak ekonomi Arab Saudi

  1. Pelaksanaan dan kutipan gst di malaysia telah banyak dirasai oleh rakyat malaysia spt pemberian brim, elaun elaun kpd pekebun getah, nelayan, elaun dan bonus kpd penjawat penjawat awam dan juga membangun dan meningkatkan infrastruktur negara ke taraf antarabangsa…kenaikan harga tidak semesti oleh kerana gst…di negara nie hampir kesemua barangan makanan dan harian adalah sifar gst…tu sebabnya harga barang tidak akan turun mendadak mula dari 1 jun nie…sst adalah sistem cukai lama yg banyak ketirisan…

  2. SST lagi bnyk pendatan negara berbanding GST..SST kita rakyat yg kene bayar dlm diam..x dek dlm resit pon..GST krjaan dpt ambik 18%..dri sesuatu brg dri pengilang..pemborong..dan kita..tapi kalau SST..pengilang 10%..pemborong 10%…rakyat 0%..dah jadi 20%..rakyat jgn tertipu..dan 20% Kita rakyat yg bayar..pngilang dan pemborong akn kita itu adalah kos mereka..dlm harga yg mereka jual..so..berhura hurey lah peniaga cina sbb x perlu bayar apa2 tax skli pon..itu konsep SST dri dlu..????

  3. Uneducated Anak Muda… 6% LEBIH BESAR dari 10%. SST itu untuk servis seperti peguam dan makan di restoran. Aku geleng kepala membacanya… Dia hanya nampak servis tapi dia tak nampak SALE. SST: Semua Sudah Tertipu!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.