25.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 23, 2021

IMF KEPADA NAJIB: PENDIRIAN MALAYSIA MENGENAI RINGGIT ADALAH BETUL

Tulisan asal oleh :
Zuraimi Abdullah, New Straits Times Online, 21 November 2016.

Lima, Peru: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyokong dasar kewangan Malaysia di tengah-tengah keadaan ringgit yang sedang turun naik.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa sesi interaktif dengan pemimpin-pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di sini pada hari Ahad.

“Saya (membangkitkan) perkara itu kepada beliau dan beliau menyokong apa yang kita lakukan. Tindakan mengapungkan mata wang adalah langkah pertahanan yang terbaik kerana apa yang sedang berlaku kepada ringgit adalah di luar kawalan kita,” kata Najib kepada media Malaysia pada penghujung Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang berlangsung selama dua hari itu.

Semasa mesyuarat Majlis Perniagaan AS-Asean, Najib berkata wakil Moody’s Investors Service telah memberitahu kepadanya bahawa ekonomi Malaysia “tidak berada dalam keadaan yang membimbangkan.”

20161025-ringgit-mengukuh-bajet-2017

Link asal artikel:
http://www.nst.com.my/news/2016/11/190406/imf-najib-msias-stance-ringgit-correct?d=1

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.