26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Impian @NajibRazak – Malaysia jadi negara Islam pertama dunia capai status maju

Apabila kita capai tahap negara maju, golongan agama pun akan maju dan membolehkan kerajaan menyalurkan peruntukan lebih tinggi untuk terus memperkasakan serta memartabatkan agenda Islam. - Datuk Seri Najib Razak

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengajak golongan agama bersamanya merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai negara Islam pertama di dunia yang mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. “Saya ada satu impian… Malaysia ini negara Islam dan biarlah kita mencatat sejarah sebagai negara Islam pertama di dunia mencapai status negara maju,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, kemajuan ekonomi yang dicapai negara akan turut memberi faedah kepada agama Islam yang diletakkan sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan negara.

“Apabila kita capai tahap negara maju, golongan agama pun akan maju dan membolehkan kerajaan menyalurkan peruntukan lebih tinggi untuk terus memperkasakan serta memartabatkan agenda Islam,” katanya pada majlis Perhimpunan Perdana Warga Agama dan Kariah Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Kira-kira 5,000 imam, ahli jawatankuasa masjid serta surau, guru agama dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) menyertai perhimpunan itu.

Najib berkata, pada masa ini, maklum balas yang diterimanya daripada pelbagai pihak sama ada di dalam atau luar negara ialah Malaysia menjadi negara Islam contoh sama ada di kalangan umat Islam atau bukan Islam.
Beliau berkata, dua faktor utama menyebabkan persepsi umum yang positif terhadap Malaysia itu ialah agama Islam dibela di negara ini sejak ia dibentuk oleh pengasas terdahulu, terutama menyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi.

“Dengan sendirinya apabila kita membuat keputusan itu (Islam agama rasmi), maka kita dapat menepati, yakni dalam Islam tidak ada yang lebih indah, tidak ada yang lebih mulia dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam itu sendiri, ini telah dapat kita lakukan untuk negara Malaysia.

“Jadi, kalau ada orang yang membawa pendapat pluralisma, maka dengan sendirinya ia bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan yang telah diperjuangkan oleh pengasas negara kita,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga menjadikan agenda membangunkan ummah dan meningkatkan Islam sebagai agenda utama negara yang kini dapat diterjemahkan dalam pelbagai bentuk.

Antara kesan kepada penekanan agenda Islam di negara ini, katanya, dapat dilihat dalam pembangunan ekonomi, sosial, institusi ilmu dan politik yang menyaksikan segala pelaksanaan tidak tergelincir dari ajaran Islam.

Najib berkata, ketinggian agama Islam juga dipelihara dengan mewujudkan undang-undang tertentu untuk menjaga soal akidah umat bagi mengelak perbuatan memperkotak-katikkan akidah umat Islam sewenang-wenangnya.

“Tiada siapa boleh mempersendakan istilah Islam sekali pun kerana kita ada undang-undang tertentu (yang) mempertahankan (Islam daripada) perbuatan seperti itu… itulah perjuangan yang kita lakukan selama ini,” katanya.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan