Indeks Rasuah Di Malaysia Bertambah Baik - pakdin.my

indeks-persepsi-rasuah

Kedudukan Malaysia dalam senarai Indeks Persepsi Rasuah bertambah baik dengan meningkat tiga anak tangga kepada 50 daripada 175 negara, demikian mengikut laporan terkini Transparency International (TI) Malaysia.

Pada tahun lalu, Malaysia berada di tempat ke-53 daripada 177 negara berdasarkan indeks yang mengukur persepsi terhadap amalan rasuah dalam sektor awam. Dari segi skor, Malaysia mencatat kemajuan yang memberangsangkan dengan skor melonjak kepada 52 berbanding 50 tahun lalu. Berdasarkan indeks itu, skor “0” bermakna amalan rasuah sangat tinggi dan skor 100 dipertimbangkan sebagai bebas rasuah.

Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar, berkata kemajuan yang dicacat Malaysia dari segi kedudukan dan skor membabitkan persepsi rasuah itu adalah hasil maklum balas kaji selidik lapan sumber yang dijalankan dalam tempoh 24 bulan lalu. Kaji selidik daripada lapan sumber itu membabitkan maklum balas persepsi rasuah daripada pakar dan ahli perniagaan dalam sektor awam.

Kemajuan yang dicatat pada indeks tahun ini juga menyaksikan hasil kejayaan usaha yang dilaksanakan kerajaan menerusi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) bagi menangani rasuah di negara ini beberapa tahun lalu termasuk memperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC).

“Usaha yang dilaksanakan kerajaan beberapa tahun ini dalam menangani rasuah membuahkan hasil dengan menyaksikan persepsi terhadap rasuah semakin pulih dari tahun ke tahun,” katanya pada sidang media mengumumkan laporan terkini berkenaan indeks itu di sini hari ini.

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia berada pada kedudukan kedua selepas Singapura dalam Indeks Persepsi Rasuah 2014. Filipina berada di tempat ketiga, Thailand (keempat) dan Indonesia (kelima). Denmark kekal di tempat pertama dalam Indeks Persepsi Rasuah 2014, diikuti New Zealand, Finland, Sweden, Norway dan Switzerland.

UTAMAIndeks Rasuah Di Malaysia Bertambah Baik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium