30.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

Indeks Rasuah Meningkat Kerana Ramai Pemimpin Pembangkang Ditangkap SPRM

Kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang turun ke kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding kedudukan ke-55 pada 2016 adalah disebabkan oleh pemimpin pembangkang yang rasuah.

Oleh kerana tindakan SPRM yang agresif, ramai pemimpin pembangkang ditangkap atas pelbagai skandal dan dakwaan rasuah. Kalau SPRM tidak ambil tindakan yang pro-aktif, pemimpin-pemimpin pembangkang ini akan terus mengamalkan rasuah sesuka hati mereka.

29 Jun 2016 – Tangkapan paling besar dan sensasi tahun itu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP ditahan oleh SPRM kerana terlibat rasuah. Lebih memalukan dia ditahan SPRM sebaik selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri di Bangunan Komtar.

Beliau yang merupakan Setiausaha Agung DAP ditahan kerana kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi kerana dibeli harga murah bawah harga pasaran semasa. Sudahnya, Guan Eng didakwa di atas dua tuduhan rasuah kerana salah guna kuasa isu status tanah dan pembelian banglo.

Sampai ke hari ini, dua kes rasuah itu masih di mahkamah. Guan Eng seolah takut untuk mempercepatkan proses kes rasuahnya di mahkamah itu.

Kalau tidak bersalah kenapa takut? Takut masuk penjara awal kerana bersalah?. Orang kalau tidak bersalah akan berusaha bersungguh sungguh selesaikan kes yang ada.

Itu tidak berlaku pada Guan Eng. Bermakna Guan Eng tahu dia silap dan bersalah. Lihat mukanya masa kena tahan sudah tahu dia memang bersalah.

13 April 2017 – Orang kanan dan proksi kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Angkatan Muda PKR, Ampang, Adam Rosli ditahan SPRM kerana memiliki kekayaan luar biasa. Adam disiasati di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasaan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau ada kekayaan luar biasa sampai mampu miliki banglo mewah sebesar “Disneyland” serta beberapa kereta mewah.

Bila ditanya dapat duit dari mana? Dia kata pinjam along. Kemudian pembohongannya itu terbongkar bila “along” tersebut menafikan beri pinjam duit kepadanya.

1 Ogos 2017 – Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip pula ditangkap oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah. Zahid Mat Arip ini adalah “kaki pukul” Mahathir dalam PPBM. Suka hentam orang, alih alih dia yang kena tangkap bab rasuah.

12 Ogos 2017 – Selepas Guan Eng, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh pula ditahan oleh SPRM berhubung siasatan kes kilang haram di Sungai Lembu di Bukit Mertajam.

Guan Eng kemudian membuktikan kerajaan DAP Pulau Pinang memang ada kaitan mencurigakan dengan kilang haram kerana menangguhkan tindakan ke atas premis haram terbabit.

Dasar menangguhkan tindakan ke atas struktur haram itu dibuat secara sengaja. Apakah kerajaan DAP ada kepentingan dalam kilang haram itu? Sampai mati 7 orang kampung sebab kilang haram tersebut.

19 Oktober 2017 – Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan oleh SPRM berkaitan siasatan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah yang berjumlah RM1.5 bilion. Turut ditahan Ketua Pemuda Warisan dan Naib Presiden Warisan Sabah.

30 November 2017 – SPRM cekup anak saudara kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir. Dia direman pada masa itu di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM. Dalam kes itu, beberapa akaun syarikat berjumlah RM4 juta dibekukan.

Sepanjang dua tahun lepas, ramai sungguh pemimpin dan kroni pemimpin pembangkang yang ditahan kerana rasuah.

Seleweng duit rakyat, seleweng projek dan aktiviti yang tidak sihat melibatkan puluhan billion duit rakyat. Ini belum lagi masuk dua isu besar mengenai kes terowong dasar laut di Pulau Pinang dan tanah di Ijok, Selangor.

Azmin Ali sampai ke hari ini takut hendak tandatangan Ikrar Basmi Rasuah, IBR. Apa yang Azmin takut sangat? Banyak juga skandal Azmin yang masih belum dikorek dan disiasat secara terperinci.

Skandal yang melibatkan nama Azmin di Selangor, di Ijok, Sungai Yu, Paya Indah Wetlands, isu SPLASH enggan dijawab oleh Azmin dan masih dalam siasatan SPRM.

Pembangkang lah yang menjadi penyebab kenapa indeks rasuah di Malaysia merosot.

—————
Rujukan:
https://www.transparency.org/news/feature/corruption_perceptions_index_2017

Tulisan :
Beruang Biru
BB791, Jumaat
23 Februari 2018

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

SPRM siasat kes beli undi awal #PRNSabah

KOTA KINABALU: Dua anggota keselamatan diberkas di Lahad Datu semalam selepas dipercayai membawa sejumlah wang, disyaki untuk membeli undi bagi sebuah parti politik. Sumber memaklumkan...
00:02:19

[Video] Shafie mengaku lantik keluarga, ‘orang semporna’ dalam jabatan, GLC #PRNSabah

"Unity" apa yang Warisan Plus laungkan jika Shafie sendiri mengaku melantik orang dia mengikut kaum ke jawatan-jawatan paling penting Sabah? "Sabah for Sabahans" atau "Sabah...
00:10:49

[Video] Pengundian awal #PRNSabah

Suasana hari pengundian awal di Mes Pegawai Kanan PDRM di Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah yang dilangsungkan dalam keadaan mematuhi norma baharu atau SOP ditetapkan #PRNSabah #RaduTatapRadu #RaduSampaiRata #UndiBN https://youtu.be/hP-TkBhUQPk  

#PRNSabah: Pengundian awal bermula

KOTA KINABALU: Tepat jam 8 pagi tadi, sebanyak 55 pusat pengundian dibuka bagi 16,877 pengundi awal menjalankan tanggungjawab. Daripada jumlah itu, seramai 7,487 anggota tentera...

Penghinaan terhadap pasukan keselamatan tidak dapat dimaafkan

Kenyataan berbentuk penghinaan seorang ahli politik yang mendakwa insiden pencerobohan Lahad Datu, pada 2013, sebagai sandiwara negara adalah suatu penghinaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...