Industri Makanan Halal Prospek Terbaik Pelaburan Baharu Di Vietnam - pakdin.my

halal-vietnam

HANOI  — Industri makanan halal adalah prospek pelaburan baharu yang mampu berkembang pesat di Vietnam berikutan peningkatan kedatangan pelancong beragama Islam terutamanya dari Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jadual penerbangan antarabangsa khususnya dari Malaysia ke bandar-bandar besar di Vietnam semakin meningkat setiap hari dan ini membuka peluang pelabur Malaysia dalam industri halal untuk kemudahan umat Islam mendapatkan makanan halal di sini.

“Saya melihat banyak ruang baharu dalam industri halal yang boleh diterokai di Vietnam memandangkan ia baru bermula,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari Ahad.

Beliau merupakan menteri pengiring sempena lawatan negara empat hari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ke Vietnam, yang berakhir hari ini.

Jamil Khir berkata kemasukan mana-mana syarikat Malaysia untuk melabur di Vietnam sangat disokong kerajaan negara ini dan ia seharusnya menjadi batu loncatan bagi pelopor industri halal untuk ‘mengintai’ peluang pelaburan di sini.

Katanya, hasil lawatan negara yang dilakukan Seri Paduka, keakraban hubungan diplomatik kedua-dua negara dapat dieratkan selain mengukuhkan jalinan hubungan ekonomi Malaysia-Vietnam yang telah bermula sejak 40 tahun lepas.

Menurut beliau, pertemuan Tuanku Abdul Halim dengan Presiden Vietnam, Truong Tan Sang kelmarin memberi impak positif kepada pelabur Malaysia kerana ia menggambarkan peluang perniagaan yang lebih cerah berikutan peningkatan ekonomi negara ini.

“Presiden Truong sangat kagum dengan pencapaian Petronas dalam industri minyak dan gas malah berharap kerjasama dalam industri itu dapat mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara pada masa depan,” katanya.

UTAMAEKONOMIIndustri Makanan Halal Prospek Terbaik Pelaburan Baharu Di Vietnam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium