Inflasi September naik - pakdin.my

Indeks Harga Pengguna (IHP) September meningkat 0.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, satu peningkatan kecil berbanding bulan lepas apabila mencatatkan paras terendah dalam tempoh tiga setengah tahun.

IHP September naik 0.2 peratus berbanding Ogos disokong oleh penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Inflasi meningkat perlahan pada September apabila harga petrol RON95 tidak berganjat di samping tiada perubahan ketara berlaku walaupun kerajaan telah menggantikan GST dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Jabatan Statistik dalam satu kenyataan hari ini.

Secara keseluruhannya, inflasi kekal dengan pertumbuhan kecil harga berlaku pada lima daripada 12 kumpulan utama yang dikira di dalam indeks; perumahan, restoran, makanan dan minuman bukan beralkohol, pengangkutan dan pendidikan.

Kos menurun dalam sektor-sektor yang lain dengan penurunan terbesar dapat dilihat dalam indeks pakaian dan kasut, barangan pelbagai serta perkhidmatan dan komunikasi.

Rujukan: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=cFBlT3hseFFGWmc5MlNKclNoSjBIUT09

UTAMAEKONOMIInflasi September naik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium