23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Ini dia kontrak selenggara kapal selam Scorpene TLDM #FitnahPR

AGENDADAILY – Isu kapal selam Scorpene tidak sudah-sudah diputarbelit oleh pihak pembangkang untuk mencetuskan rasa marah rakyat pada kerajaan.Kononnya ada penyelewengan dalam kontrak pembelian dan penyelengaraannya.

Betul ke? Kalau ada kongkalikong sudah tentu banyak coverup perlu dibuat.

Namun Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad nampak relaks saja sewaktu memberi jawaban mengenainya dan mematahkan cubaan pembangkang nak jolok macam-macam hal mengenai kontrak Scorpene dalam sidang Dewan Rakyat Khamis malam.

Beliau memberi berbagai penjelasan mengenainya semasa perbahasan untuk membentang permohonan perbelanjaan tambahan Kementerian Pertahanan.

Dan untuk lebih jelas….Dr Latif secara terbuka menghuraikan kontrak penyelengaraan kapal selam berkenaan yang sebelum ini adalah dokumen rahsia.

Berikut ialah butiran yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan:

alt

JAWAPAN OLEH TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DATUK DR ABDUL LATIF AHMAD KEPADA SOALAN-SOALAN TAMBAHAN KETIKA UCAPAN PENGGULUNGAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

Kontrak perolehan dua (2) unit Kapal Selam untuk TLDM ini dimeterai pada tahun 2002 dengan harga EURO 1.084 bilion manakala Kontrak senggaraan kapal selam (In Service Support – ISS) pula dimeteral pada tahun 2010 dengan harga RM230 juta setahun bagi tempoh 6 tahun.

Kontrak-kontrak ini dibuat secara berasingan kerana kekangan peruntukan perbelanjaan Kerajaan pada ketika itu dan sekaligus tidak membebankan Kerajaan untuk menanggung kos dua perolehan tersebut secara serentak.Berdasarkan Kontrak tersebut secara prinsipnya, terdapat dua mekanisme senggaraan atau balk pulih yang boleh dilakukan ke atas dua buah kapal selam SCORPENE TLDM mi sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap sistem, platform atau peralatan kapal selam.

1) Kerosakan dalam tempoh jaminan (guarantee period) Menerusi klausa ini sebarang kerosakan yang berlaku dalam tempoh jaminan akan diperbaiki oleh pihak pembekal/syarikat tanpa memerlukan apa-apa perbelanjaan tambahan oleh pihak Kerajaan.Klausa ml berkuatkuasa selama 12 bulan dan tarikh penyerahan fizikal (physical handover) kapal selam ini kepada TLDM.

2) Kerosakan pendam (Latent Defect) Klausa ini pula memperuntukkan sebarang kerosakan design, manufacture yang tidak dijumpai oleh Kerajaan di dalam tempoh kerosakan dalam jaminan dan sebarang kerosakan yang boleh menghalang atau menyekat keupayaan sebenar Kapal Selam seperti yang termaktub di dalam Kontrak yang bukan berpunca daripada normal wear and tear, faulty operation by the Go vernment personnel, maka di dalam tempoh 66 bulan daripada tarikh penyerahan fizikal, semua kerosakan yang tersebut di atas boleh diperbaiki oleh pihak pembekaI.

Daripada dua mekanisme pembaikan serta balk pulih kapal selam ini, dapat dirumuskan bahawa perolehan yang dibuat adalah memenuhi keperluan dan kepentingan Kerajaan sekaligus prinsip perolehan value for money dapat direalisasikan.

Manakala Kontrak senggaraan kapal selam (ISS) pula dilakukan secara berpakej dan merangkumi semua elemen senggaraan Integrated Logistics Support termasuk Confiquration Management, Desiqn and Modification Studies dimana pihak pembekal penlu menjamin supaya kapal selam berupaya beroperasi secara maksima selama 135 hari bagi setiap kapal selam mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

Di awal peringkat rundingan, anggaran perbelanjaan bagi Kontrak ini dijangka boleh mencecah hingga RM270 juta setahun bagi kedua-dua kapal selam ini. Namun begitu setelah beberapa siri rundingan dan perbincangan diantara Kerajaan dan juga pembekal dilakukan, nilai Kontrak ini berjaya dirunding dan dimuktamadkan ke paras terendah dengan jumlah hanya RM230 juta setahun sekaligus berlaku penjimatan yang ketara sehingga RM4O juta setahun.

Jika diteliti diperingkat antarabangsa terutamanya negara-negara yang memilik Kapal Selam SCORPENE seperti Chile dan Brazil, kontrak perolehan kapal selam dan kontrak senggaraan dilakukan secara berasingan. Begitu juga dengan negara Australia dimana Kontrak pembelian kapal selam dilakukan secara berasingan daripada kontrak senggaraan.

Justeru itu, perkara ini merupakan international standard and norm dan pengasingan kontrak ini tidak bermakna bahawa Kerajaan mempunyai perancangan yang lemah dan tidak mempunyai kepakaran yang setanding di dalam mengendalikan armada angkatan kapal selam. Kementerian telah mula merencanakan perkana berkenaan senggaraan kapal selam ini sejak tahun 2007 lagi tetapi disebabkan oleh kekangan kewangan semasa kerajaan, perkara ini tidak dapat direalisasikan.

alt

NOTA RINGKAS KONTRAK SENGGARAAN IN-SERVICE SUPPORT (ISS) BAGI KAPAL SELAM TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM).

Kontrak berbentuk ISS ini adalah secara berpakej dan merangkumi semua elemen senggaraan Integrated Logistics Support termasuk Configuration Management, Design and Modification Studies dimana pihak pembekaI perlu menjamin supaya kapal selam berupaya beroperasi secara maksima selama 135 hari setahun bagi setiap kapal selam mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

Letter of Acceptance (LOA) bagi kontrak ini telah ditandatangani pada 12 Ogos 2010 dengan syarikat usahasama Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC) di antara syarikat BHIC Defence Technologies Sdn Bhd dan juga syarikat DCNS, Perancis dengan pegangan ekuiti 60%-40% dengan nilai kontrak berjumlah RM230 juta setahun selama enam tahun.

Berdasarkan konsep Kontrak ini, pihak syarikat adalah bertanggungjawab melaksanakan segala keperluan senggaraan berjadual, iaitu Assisted Maintenance Period (AMP), Docking Essential Defect (DED) dan segala Corrective Maintenance. Bagi mencapai tahap operasi maksima selama 135 hari dalam setahun, pihak kontraktor perlu membuat senggaraan berjadual tambahan sekiranya diperlukan tanpa sebarang kos tambahan.

Terma pembayaran adalah seperti berikut:

1) Bayaran pendahuluan sebanyak 15% dikira daripada jumlah keseluruhan nilai Kontrak (CP1+CP2+CP3) dalam bahagian EURO iaitu EURO 28,950,020 juta dan bahagian RM pula berjumlah RM79,802,819 juta;

2) Bayaran Ex-Gratia berjumlah EURO 15 juta dan RM35 juta;

3) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 1 akan dibuat secara 3 bulan sekali;

4) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 2 akan dibuat berdasarkan jadual penghantaran yang telah dipersetujui;

5) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 3 akan dibuat berdasarkan jadual penghantaran yang telah dipersetujui.

Status pembayaran semasa adalah seperti berikut:

1) Bayaran pendahuluan dalam bahagian RM berjumlah RM79,802,819 juta telah selesai dibayar pada tahun 2010 manakala bayaran dalam bahagian EURO sejumlah EURO 28,950,020 juta masih tertunggak.

2) Bayaran Ex-Gratia berjumlah EURO 15 juta dan RM35 juta telah selesai dibayar pada tahun 2010 dan juga 2011.

3) Manakala baki bayaran kemajuan bagi CP1,CP2 dan CP3 pada tahun 2011 pula masih tertunggak dan pembayaran ‘akan dibuat berdasarkan jadual pembayaran yang telah ditetapkan.

Disamping itu, skop kerja lain yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

1) PembekaIan serta penyelenggaraan Base Outfitting Equipment (BOE);

2) Pembekalan dan penyelenggaraan safety conditioning facifitieg, 3) Pembekalan alatganti insuran (insurance items);

4) Penyelenggaraan dan pembaikan peringkat depot (Depot Level Maitenance-DLM) termasuk pembekalan alat ganti;

5) Penyelenggaraan peralatan umbilicatservices,

6) Kajian skop dan keperluan alatganti untuk refit pertama kapal selam.

Pecahan nilai Kontrak adalah seperti berikut:

NILAI KONTRAK
EURO RM

CONTACT PRICE 1 135,580,483 433,360,626
Submarine ISS, Facilities
Operation and Maintenance

CONTACT PRICE 2 51,012,000
Insurance Item and Long Lead
Item Spare Parts

CONTACT PRICE 3 6,407,517 98,639,374
Base Outfitting Equipment, Yard
and Conditioning Facilities

JUMLAH KONTRAK (RM) RM 1,361,900,000.00

KOMITMEN SETAHUN RM 226,983,333.33

Pecahan peruntukan tambahan yang dipohon kepada Kementerian Kewangan:

1) Bayaran pendahuluan dalam bahagian EURO sejumlah EURO 28,950,020 juta (RM144,750,100 juta) yang sepatutnya dibayar pada tahun 2010.

2) Bayaran kemaiuan bagi komitmen Kontrak tahun 2011 beriumlah RM271,961,386 juta.

Jumlah besar peruntukan yang dipohon adalah berjumlah RM417 iuta.

 

Berita Berkaitan

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan