Inkues Adib mungkin sukarkan sabitan membunuh, kata peguam

(Malaysiakini) – Pihak pendakwa mungkin berdepan kesukaran yang besar untuk mendapatkan sabitan membunuh jika mereka membawa kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim ke mahkamah, kata seorang peguam.

- Advertisement -

Menurut M Hafiz Zainol Abidin tanpa mendapat pengesahan tentang punca kematian Muhammad Adib itu, peluang untuk pihak pendakwa memenangi kes berkenaan akan menjadi tipis.

Kata peguam terbabit langkah mengadakan proses inkues sekarang membayangkan ahli patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Muhammad Adib tidak menemui punca kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terbabit.

“Hal ini akan banyak mempengaruhi perbicaraan kes jenayah itu pada masa depan – jika ada – berhubung dengan tindakan menyalahkan sesuatu pihak kerana membunuh Adib.

“Ia tidak mustahil, tetapi ia akan mencabar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad Adib ialah anggota JBPM yang mengalami kecederaan parah semasa bertugas di kawasan kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya pada 27 Nov 2018.

Selepas 21 hari dirawat, dia akhirnya menghembus nafas terakhir di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

Perlu buktikan punca kematian

Muhammad Adib, 24, didakwa cedera selepas diserang sekumpulan individu yang merusuh di kawasan kuil berkenaan.

Seorang ahli patologi menjalankan bedah siasat ke atas jenazah Muhammad Adib tetapi Menteri Dalam Negeri Muhyiddn Yassin – pada 27 Dis tahun lalu – mengumumkan bahawa suatu inkues akan diadakan bagi mengenal pasti kematian anggota JBPM itu.

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini menetapkan inkues berkenaan akan dimulakan pada 11 Feb ini.

M Hafiz berkata laporan bedah siasat menjadi keterangan yang penting – selain bukti lain – dalam sesebuah perbicaraan.

“Apabila sesuatu kes bunuh dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pendakwa terlebih dulu perlu membuktikan mangsa mati akibat kecederaan dilakukan oleh suspek.

“Masih ada kemungkinan inkues itu akan mendapati Muhammad Adib meninggal dunia akibat serangan, namun pihak pembelaan masih boleh berhujah menggunakan laporan bedah siasat jika ia menunjukkan pemeriksa tidak dapat merumuskan punca kematian tersebut,” katanya.

M Hafiz yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun sebagai peguam bela berkata, satu lagi kemungkinan daripada inkues itu ialah, mahkamah koroner boleh membuat keputusan terbuka.

Dalam keadaan itu katanya mahkamah boleh memutuskan punca atau keadaan kematian Muhammad Adib tetap tidak diketahui atau dapat dijelaskan.

“Kalau mahkamah memberikan penghakiman terbuka, ia akan jadi lebih sukar untuk pendakwa mendapatkan sabitan membunuh, malah untuk sabitan membunuh tanpa niat,” katanya.

Sambil menegaskan ia masih suatu hipotesis dan bukan garis panduan awam, M Hafiz berkata, ada kemungkinan yang besar untuk perbicaraan jenayah melibatkan kematian Muhammad Adib hanya setakat pendakwaan membunuh tanpa niat.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Khalid patut diusir, Saifuddin pertahan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad keluar dewan dipertahankan wakil rakyat dari kerajaan. Ahli...

Vaksin Covid-19 tak mungkin siap tahun depan, kata pakar

Kemungkinan vaksin koronavirus siap 100 peratus pada tahun depan adalah tipis, kata pakar Perancis, memberi amaran tentang mengambil langkah penjarakan sosial secara serius. “Menghasilkan vaksin...

Nga Letak Jawatan Timbalan Speaker

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengumumkan meletak jawatan serta-merta bermula hari ini. Beliau berkata, ia sejajar prinsipnya hanya akan berkhidmat kepada kerajaan yang...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.