23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

INNALILLAHI WAINNALILLAHI ROJIUN: KETUA MENTERI SARAWAK, ADENAN SATEM MENINGGAL DUNIA

KUCHING: Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kuching, kira-kira jam 1.20 tengah hari ini.

Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Adenan yang dilahirkan pada 1944 sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-73 pada 27 Januari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian mengesahkan kematian Adenan dan berkata beliau akan mendapatkan lebih banyak butiran mengenainya daripada pejabat ketua menteri.

Adenan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak ke-5 pada 7 Mei lalu, sejurus mengetuai Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 dengan kemenangan dua pertiga atau 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

Adenan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu dengan majoriti 5,892 undi menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan yang sekadar meraih 648 undi.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu mengambil alih jawatan ketua menteri daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac 2014.

Adenan yang dilahirkan di Kuching, meninggalkan seorang balu, Puan Sri Jamilah Anu dan 5 anak.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah St Joseph sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph.

Beliau pernah bekerja sebagi wartawan dan guru sebelum meneruskan pengajian dalam bidang perundangan di Universiti Adelaide, Australia.

Sebaik menamatkan pengajian pada 1970, Adenan dilantik sebagai majistret pada 1971 hingga 1972, sebelum menjadi penolong setiausaha kepada menteri perusahaan utama dari 1972 hingga 1974.

Al-Fatihah.

 
Al-Fatihah.
20170111-adenan-satem-meninggal-dunia

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan