26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Insiden Terowong Larkin: JDT Hanya Didenda RM30,000

fam-jdt

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abd Razak mengumumkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) didenda RM30,000 kerana kelemahan keselamatan dalam terowong di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos.

Selepas dua bulan menunggu perbicaraan kes insiden ‘Terowong Larkin’ ini, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya membuat keputusan berdasarkan isu keselamatan.

Taufek mengumumkan keputusan tersebut selepas hampir sepuluh jam bermesyuarat.

“Setelah panjang lebar hujah yang diberi oleh pihak JDT, pengadil, pegawai serta pegawai perlawanan, jawatankuasa berpuas hati bahawa perkara yang berlaku itu adalah berpunca daripada kelemahan keselamatan.

“Perkara ini memang diakui oleh Setiausaha Agung JDT, Mohd Fahmy Yahya  semasa memberi hujahnya.

“Akibat daripada masalah kelemahan keselamatan , kekurangan selia yang baik jawatankuasa telah mendapati JDT terbabit dengan keadaan itu dan didenda RM30,000 dan  diberi amaran agar peristiwa itu tidak berlaku lagi.

“Dan dengan hukuman itu mereka berhak membuat hukuman kerana maksimum hukuman adalah RM100,000,” jelasnya pada sidang media.


Manakala mengenai isu yang dikatakan ada pegawai tertinggi  terlibat dalam kes ini, Taufek menjelaskan ia adalah kes polis kerana terdapat laporan dibuat.

“Dalam kes ini dua pihak terlibat, FAM  dan satu lagi pihak polis.

“Saya difahamkan bahawa ini hasil siasatan pihak polis  dan telah pun diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diambil susulan.

“Dan sekiranya tiada tindakan, kami akan mengambil tindakan kerana FAM ada tempoh  dua tahun untuk berbuat demikian.

“Kita di pihak FAM telah berbincang bahawa setakat ini kes tersebut ditangguh,” katanya.

Insiden ‘Terowong Larkin’ menjadi isu panas bola sepak negara selepas pasukan T-Team menarik diri daripada meneruskan permainan kerana alasan keselamatan  ketika aksi bertemu JDT pada pusingan kedua Piala FA  1 Februari lalu.

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...