24.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat pelengkap lain bagi merawat pesakit COVID-19.

Semuanya ini dijalankan ketika ahli sains dan pakar perubatan mengejar masa untuk menghasilkan vaksin untuk rawatan COVID-19.

Di wilayah Hubei, China di mana mulanya merebak koronavirus ini, dan pertama kali dikesan pada penghujung tahun 2019, doktor perubatan menggunakan kombinasi pengubatan tradisional Cina dan barat (T&CM) bagi merawat pesakit COVID-19. Sekitar 95 peratus pesakit tersebut dilaporkan sedang pulih daripada penyakit berkenaan.

Strategi Pengubatan Tradisional Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2014-2023, yang mengiktiraf sumbangan T&CM kepada kesihatan, memberi pengiktirafan bahawa permintaan untuk pengamal bidang berkenaan semakin meningkat di seluruh dunia.

Pengarah Pusat Sunway TCM, Dr Lim Ren Jye berkata, mereka yang meggunakan T&CM, kerana pengaruh kebudayaan serta sejarah sebagai terapi pelengkap dan pengubatan tradisional, di banyak negara kerana ia adalah salah satu sumber utama penjagaan kesihatan mereka.

Menurut beliau, di Malaysia, hampir satu pertiga rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan bandar mendapatkan rundingan pengamal T&CM bagi merawat penyakit mereka kerana sesetengah daripada mereka mengalami kesan buruk daripada pengubatan barat.

“Bagaimanapun, untuk pesakit COVID-19, penggunaan ramuan herba serta kaedah tradisional hanya boleh dinilai untuk melengkapkan proses pemulihan dan bukan sebagai rawatan khusus untuk penyakit, “ tambahnya.

PENTINGNYA PENYELIDIKAN


Apakah Malaysia menimbangkan penggunaan T&CM untuk merawat COVID-19?

Untuk menjawab soalan ini, Dr Lim, yang juga Perunding T&CM di Kumpulan Sunway Healthcare, berkongsi hasil pertemuannya dengan Dr Li Jun, Naib Presiden dan Ketua Doktor, Pengubatan Tradisional Cina, Hospital Wilayah Guangdong, di Kuala Lumpur, April tahun ini (2020).

Menurut beliau, Dr Li Jun memberitahunya, bidang penyelidikan amat penting untuk menilai sejauh mana berkesan serta selamat T&CM dalam pengurusan COVID-19 sekiranya ia mahu dilaksanakan di Malaysia.

Sewaktu lawatan Dr Li Jun dan pasukannya ke Malaysia, Dr Lim turut serta dalam perbincangan mengenai pengalaman peribadi mereka dalam penggunaan pengubatan herba Cina untuk merawat pesakit COVID-19.

Dr Lim berkata, menurut pakar China, penawar tradisional yang digunakan telah menyingkirkan simptom, mengurangkan keterukan penyakit dan meningkatkan kadar pemulihan. Ia juga mengurangkan kadar kematian, terutamanya dalam kalangan pesakit yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Oleh yang demikian, kami mengamalkan serta mendokong garis panduan rawatan di Malaysia, dan kemudiannya menghasilkan inisiatif penyelidikan untuk pilihan rawatan bagi COVID-19.

Ini bertujuan mengurangkan tekanan pasukan barisan hadapan di hospital, terutamanya ketika waktu kritikal apabila jumlah kes baharu meningkat dengan banyaknya, “ kata beliau.

Dr Lim memberitahu Bernama, inisiatif penyelidikan Kumpulan Sunway Healthcare, dengan kerjasama Hospital Sungai Buloh, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Alumni Malaysia Shanghai University of Traditional Chinese, akan mengkaji keberkesanan pengubatan tradisional, sebagai tambahan kepada penjagaan standard, dalam merawat kes COVID-19 yang disahkan. Kes-kes tersebut diklasifikasikan secara klinikal Gred 2 dan ke atas di Malaysia.

Cadangan untuk inisiatif penyelidikan ini dikemukakan kepada kerajaan pada bulan April lepas tetapi Jawatankuasa Etika dan Kajian Semula Perubatan di bawah KKM, membuat keputusan untuk menangguhkannya.

ADA KEBERKESANAN

Menurut Dr Lim: “Kami (Kumpulan Sunway Healthcare) percaya, rawatan T&CM yang digunakan di China untuk merawat pesakit COVID-19 boleh digunakan juga di Malaysia kerana keberkesaannya di negara tersebut.

“Apa yang penting, harapan kami agar T&CM boleh membantu memendekkan tempoh rawatan pesakit di hospital, serta mengurangkan penggunaan alat bantuan pernafasan di ICU.

Beliau berkata, salah satu cabaran melaksanakan T&CM untuk rawatan COVID-19 adalah menunjukkan bukti dengan data saintifik serta klinikal, seperti yang dikehendaki oleh KKM.

“Sebagai doktor perubatan, bukti adalah amat penting, meskipun T&CM digunakan ribuan tahun dan banyak data saintifik telah dikumpul oleh pakar T&CM di China. KKM mengambil langkah berhati-hati kerana kekurangan maklumat mengenai pengubatan tradisional.

“Oleh yang demikian, penyelidikan adalah cara untuk menilai keberkesanan T&CM dalam merawat pesakit COVID-19. T&CM setakat ini memainkan peranan penting dalam perjuangan China melawan COVID-19 dan saya percaya ini boleh digunakan sebagai model di Malaysia, “ tambahnya.

INTEGRASI T&CM, PENGUBATAN BARAT

Sementara itu, pakar perubatan T&CM, Low Soon Yee berharap integrasi T&CM serta pengubatan barat dalam sistem penjagaan kesihatan Malaysia, terutama sekali kes COVID-19 sedang meningkat.

“Di Sabah, sebagai contoh, peperangan menentang COVID-19 untuk barisan hadapan adalah pada peringkat kritikal, dalam mereka berusaha keras untuk mengawal peningkatan kes tiga angka di hospital.

“Ini adalah masa yang sesuai untuk kita pakar T&CM menyumbang usaha untuk mengekang keadaan COVID-19 di Sabah dengan penggunaan pengubatan ttradisional sebagai pelengkap pengubatan di hospital, “ katanya.

Beliau yang juga timbalan presiden Alumni Shanghai University of Traditional Chinese Medicine , berkata, integrasi pengubatan tradisional dan barat mungkin mencabar kerana kurang pengetahuan dan salah tanggapan.


Ramai doktor perubatan, kata beliau, mempunyai sedikit maklumat atau maklumat yang kurang tepat mengenai T&CM. Di satu pihak yang lain, pakar perubatan T&CM mungkin juga mempunyai konsep yang salah salah tanggapan mengenai pengubatan barat.

“Doktor perubatan dilatih untuk bergantung kepada bukti saintifik sebagai kriteria untuk integrasi tetapi T&CM sudah wujud sekian lama sebelum kemunculan sains.

“Isu penting dalam integrasi adalah antara-amalan pengubatan. Oleh itu, kita perlu mencari jalan pertengahan dengan menggunakan ciri terbaik setiap sistem dan menampung kelemahan dalam satu-satu sistem itu, “ kata Low, yang berkhidmat di pusat T&CM di Setapak, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Dr Lim, berkata sejak kebelakangan ini, amalan serta garis panduan T&CM practices semakin bertambah baik di mana sesetengah doktor perubatan yang dilatih sebagai pakar perubatan juga menawarkan nasihat mengenai rawatan alternatif untuk pesakit mereka.

“Kami mempunyai kelebihan mempunyai profesional yang berkelayakan dalam kedua-dua pengubatan barat dan T&CM di Malaysia. Sebagai contoh, ada pengamal T&CM yang memiliki ijazah MBBS (Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Ijazah Sarjana Muda Pembedahan) dan ahli farmasi yang mempunyai latar belakang pengubatan herba dan Ijazah Sarjana Muda dalam Farmasi.

“Ini membolehkan mereka memahami manfaat yang ditawarkan oleh kedua-dua bidang pengubatan. Untuk itu, boleh memberikan pilihan rawatan terbaik untuk pesakit mereka, “ katanya.

KKM mempunyai bahagian T&CM dan sehingga 2019, 15 unit pesakit luar T&CM dibuka untuk kemudahan penjagaan kesihatan awam.

SumberBERNAMA

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...