25 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Intipati Ucapan Penggulungan Presiden UMNO @NajibRazak #PAU2012

“Salam 1Malaysia, Tolak Fitnah”

Perhimpunan kali ini menarik perhatian… termasuk di luar kerana UMNO adalah parti pemerintah yang berjaya… kita mendapat sambutan luar biasa pada kali ini.

Pengisian cukup baik… perbahasan berjalan dengan baik… tiada reaksi negatif dari kalangan pemerhati, termasuk dari orang bukan Melayu….. Melihat UMNO semakin hari semakin pulih… semakin layak untuk terus kekal sebagai kerajaan… Memandang UMNO dengan lebih positif.

Yang menyentuh perasaan saya… Cikgu Seman dari Jasin… hiba hati dia mendengar ucapan saya… Cikgu Seman tak pernah menjadi wakil rakyat, tapi Cikgu Seman cinta, komited dan setia kepada parti.

Di depan skrin yang besar, ramai perwakilan Wanita yang datang dari segenap pelusuk negara… Ada yang dah ‘cop” tempat duduk di depan skrin itu sejak awal pagi… Inilah wira-wira yang tidak didendang….

Saya juga tersentuh dengan perbahasan wakil dari Kelab UMNO Luar Negara… rayuan kepada UMNO terus berjuang… kita berjuang bukan untuk diri kita, tetapi untuk anak-anak kita, untuk masa depan kita.

Kita hari ini menggalas tanggungjawab dan amanah demi anak-anak kita dan masa depan kita… maka, kita perlu melaksanakan tanggungjawab dan amanah tersebut dengan sebaik-baiknya…

Terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kesediaan beliau menemui pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat agar terus menyokong UMNO… agar terus setia kepada parti, yang penting parti bukan individu.

Terima kasih kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi…. kerana bersedia melepaskan jawatan dengan cara terbaik dan tersusun.. dan dia mahu memberikan yang lebih baik kepada parti tanpa mengambil kira kepentingan diri.

Kita akan turun gelanggang… tak lama lagi… tak lama lagi.

Kita kena pastikan angkatan kita sudah kuat…. saya rasa pembangkang sudah tak kuat dan kita mampu mencapai kemenangan besar.

“Saya hanya takut satu perkara sahaja…. soal kita sesama kita!!!”

“Kalau anda tidak dipilih sebagai calon, apakah anda akan sokong sepenuhnya calon yang dipilih oleh parti??” Lima senario… Pertama, sokong sepenuhnya… Kedua, sokong… Ketiga, tak kerja/membantu… Keempat, sabotaj….. Kelima, lompat parti.

Mahu ahli-ahli UMNO cuba tepuk dada tanya selera… Cuba fikirkan… kerana di kalangan kita ada “batu ronsen/api”…banyak “tukang kipas”

Lima senario itu ada kemungkinan… Dalam dewan ini semua setia… tetapi ada kalangan bekas-bekas ahli parti dan menteri, timbalan menteri telah menentang parti…. melompat parti… Mereka sudah gila kuasa, gila pangkat…

Jawapan kepada soalan cepumas itu: “Saya akan tetap menyokong sepenuhnya calon yang dipilih oleh parti!!!!!”

Jika itulah sikap dan jawapan kita…. BN/UMNO pasti akan menang besar dalam PRU akan datang.

Semua daripada kita sudah pun menikmati daripada dasar transformasi negara yang dilaksanakan oleh kerajaan… faedah dan elaun diberikan kepada semua termasuk mereka yang membantah atau menyokong pembangkang… Contoh dividen Felda, semua dapat termasuk yang membantah.

Kita perlu kukuhkan UMNO sebagai satu institusi… perlu pada kekuatan minda, kekuatan ilmu… UMNO mestikan bangunkan nilai keintelektualan. Setuju kepada cadangan Pemuda dan Puteri agar diwujudkan institusi latihan kepimpinan UMNO.

Setuju pinjaman AIM yang dihadkan kepada RM50,000 dinaikkan kepada RM100,000, khususnya kepada usahawan wanita.

120,000 orang yang bankrap sekarang ini… Undang-undang bankrap terlalu ketat…. Kerajaan akan kaji semula dan buat peraturan baru supaya meringankan lagi kaedah untuk melepaskan mereka yang sudah bankrap…

Kerajaan mendengar cadangan dan permintaan daripada ahli-ahli… termasuk dari orang muda.

Bayangkan adakah kita mahu anak-anak kita sesat akidahnya… gelap masa depan mereka… negara kita porak-poranda…??? Jika tidak, kita kena tolak Pas, DAP dan PKR…






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan