IPP YTL – Beban masalah legasi Mahathir yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekarang - pakdin.my

legasi-mahathir-YTL-saman-petronas

Sejak kem pro-Tun sibuk mempertahankan YTL selepas maraah terhadap Najib kerana mendedahkan mengenai ERL yang diterajui YTL tiada pilihan selain menaikkan harga atau kerajaan diwajibkan membayar pampasan RM2.9b akibat perjanjian konsesi yang ditandatangi oleh Mahathir, maka perlu juga dijelas mengenai perkara lain melibatkan YTL – juga masalah legasi Mahathir yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekarang.

Pada awal tahun ini, YTL telah menyaman Petronas di London dan berjaya mendapatkan pampasan RM700 juta daripada Petronas.

Berdasarkan Perjanjian Bekalan Gas Asli (GSA) yang ditandatangani pada tahun 1993, Petronas sepatutnya menjual gas kepada YTL Power pada harga yang dikira berdasarkan formula yang telah ditetapkan berbanding harga pasaran gas.

Walau bagaimanapun, apabila kerajaan beralih kepada harga tetap bagi gas, YTL Power, dalam laporan tahunannya, menyatakan bahawa Petronas secara unilateral menarik balik diskaun yang diperuntukkan di bawah harga pasaran mengikut formula dan akibatnya, pertikaian timbul sama ada diskaun, terpakai di bawah GSA.

Secara ringkas, Petronas sepatutnya membekalkan gas kepada YTL Power pada harga diskaun tetapi menarik balik diskaun selepas 1997, apabila harga gas telah ditetapkan oleh kerajaan pada RM6.40 per mmbtu (masih diskaun besar kepada harga pasaran) untuk semua loji tenaga di negara ini, dalam keadaan krisis kewangan Asia.

Bermula dari situ, YTL mendakwa mereka telah dipaksa membayar melebihi harga sepatutnya untuk bekalan gas dan mereka cuba untuk mendapatkan kembali wang lebihan bayaran dari Petronas. Walaupun mereka membayar harga berlebihan, loji tenaga YTL Power tetap menguntungkan.

Akhirnya selepas 20 tahun pada 30 Sept 2015, tamat tempoh YTL IPP (dengan hanya satu loji daripada dua loji disambung secara jangka pendek tetapi berdasarkan kadar yang berbeza dan harga gas mengikut harga tetap – tidak seperti perjanjian berat sebelah yang seperti perjanjian sebelum ini).

Walaupun memperolehi keuntungan yang besar dalam tempoh dua dekad dan menyebabkan Petronas dan Rakyat menanggung kira-kira RM16.21 bilion melalui konsesi IPP berat sebelah anugerah Mahathir telah tamat, masalah YTL masih belum berakhir lagi dan mahu Petronas membayar RM700 juta tambahan.

(lihat di sini untuk pengiraan bagi kerugian yang dianggarkan):

Petronas cuba membuat rayuan akhir kes ini di Malaysia. Peluang tidak begitu baik dan jika mereka kalah, Petronas, yang kini bergelut daripada kejatuhan harga minyak dan gas global dan pendapatan yang berkurangan mendadak, perlu membayar RM700 juta kepada YTL selain dari jumlah subsidi yang besar yang telah diterima YTL selama ini – disaat Petronas tidak mampu untuk berbuat demikian.

Ini tidak adil.

http://www6.lexisnexis.com/publisher/EndUser…

UTAMAPOLITIKIPP YTL - Beban masalah legasi Mahathir yang perlu ditanggung oleh kerajaan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium