Iran tahan 16 warga Malaysia, rampas kapal didakwa seludup minyak - pakdin.my

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran merampas sebuah kapal disyaki menyeludup minyak di Teluk Parsi berdekatan pulau Abu Musa, dan menahan 16 anak kapal warga Malaysia, kata laporan Reuters memetik agensi berita rasmi Iran, Irna hari ini.

Irna berkata kapal itu membawa hampir 1,312,000 liter minyak. Laporan itu tidak menyatakan bendera yang dikibarkan kapal itu. Iran sering merampas kapal yang menurutnya digunakan untuk menyeludup minyak di Teluk Parsi.

Sementara itu setiausaha akhbar Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah berkata pihaknya akan menyemak maklumat yang dilaporkan media antarabangsa itu dengan pihak misi diplomatik terlebih dahulu

“Kita baru dengar tentang ini. Saya akan semak perkara ini dengan misi diplomatik kita,” katanya ketika dihubungi FMT sebentar tadi.

Irna memetik komander tentera laut IRGC, Ali Azmaei sebagai berkata kapal itu merupakan kapal ke-6 membawa minyak seludup yang dirampas angkatan maritimnya.

Perampasan kapal itu berlaku ketika tentera Iran mengambil bahagian dalam latihan laut bersama kapal-kapal tentera laut China dan Rusia.

Agensi berita Fars berkata komando tentera Iran dan IRGC dihantar menyertai misi melawan lanun semasa latihan bersama China dan Rusia di Lautan Hindi dan Laut Oman.

UTAMADUNIAIran tahan 16 warga Malaysia, rampas kapal didakwa seludup minyak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium