26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

IRAQ LEBIH AMAN BERSAMA SADDAM, TIADA SENJATA PEMUSNAH DIBANGUNKAN – PENYIASAT CIA

20170105-saddam-hussein

NEW YORK: Individu pertama yang ditugaskan menyoal siasat Saddam Hussein selepas Presiden Iraq itu ditahan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) pada 2003, mengakui bahawa pemimpin tersebut tidak membangunkan senjata pemusnah seperti yang didakwa oleh Washington.

Malah bekas penganalisis Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Nixon turut mengakui bahawa rantau Arab akan lebih aman sekiranya Saddam tidak digulingkan oleh tentera penceroboh.

Nixon ditugaskan oleh kerajaan AS untuk menyiasat Saddam selepas pemimpin itu ditemukan bersembunyi dalam sebuah lubang pada Disember 2003.

Menurut Nixon, White House mahukan jawapan sama ada terdapat sebarang bukti menunjukkan Saddam membangunkan senjata pemusnah yang boleh mengancam keselamatan AS atau rantau Arab ketika itu.

Namun selepas menyoal Saddam dan penasihatnya, Nixon mendapati bahawa program nuklear Iraq sudah dihentikan beberapa tahun sebelum tentera AS bersama sekutunya menceroboh Iraq atas alasan mahu memusnahkan senjata tersebut.

“Pasukan siasatan saya dilabel sebagai gagal oleh kerajaan AS apabila memberitahu tentang kebenaran tersebut.

“Malah saya tidak dijemput untuk menjelaskan keputusan siasatan kepada Presiden ketika itu, George W Bush sehingga 2008, dua tahun selepas Saddam dihukum gantung,” katanya kepada portal berita BBC.

Selain itu, Nixon mendedahkan bahawa beliau lebih sanggup menghabiskan masa bersama Saddam berbanding Bush yang lebih menyakitkan hati kerana enggan menerima keputusan siasatannya.

Malah katanya, Bush enggan menerima kenyataan dan penasihatnya hanya tahu menurut perintah.

“Saya fikirkan Presiden akan mendengar nasihat CIA tetapi sebenarnya tidak kerana politik sentiasa mengatasi perisikan,” katanya.

Nixon juga mengakui beliau berasa malu dengan pergolakan yang berlaku di Iraq pada hari ini selepas kejatuhan Saddam.

Jelasnya, kerajaan AS yang dipimpin Bush tidak pernah fikirkan kesa yang bakal berlaku apabila menceroboh Iraq.

“Pergolakan turut menyebabkan kebangkitan militan Daesh dan rantau Arab mungkin lebih baik jika Saddam masih hidup,” katanya.

Berita Berkaitan

Bayi dikenali sebagai Farah meninggal dunia dalam pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur ke Perth

Dilaporkan pihak polis sedang membuat laporan untuk koroner. AirAsia ketika dihubungi mengesahkan kecemasan perubatan dilakukan membabitkan bayi berkenaan bagi penerbangan D7236.

[Video] 14 cedera jambatan runtuh di Taiwan

Jambatan di bandar pelabuhan Su'ao tersebut runtuh sekitar jam 9.30 pagi Selasa (1 Okt) ketika sebuah lori tangki minyak sedang melaluinya, sekali gus menyebabkan kebakaran.

Mahathir tawar untuk membantu Turki buat kereta, Turki tunjuk ‘supercar’ mereka ha ha ha

Turki bukan setakat dah ada kereta nasional mereka sendiri, 'supercar' pun mereka dah ada!
00:04:55

[Video] Isteri curang, suami nekad robohkan rumah

Sebuah rakaman video dan gambar memaparkan sebuah rumah di Indonesia dirobohkan dengan jengkaut menjadi tular di media sosial semalam. Masalah rumah tangga dikatakan menjadi punca...

China syak FedEx cabul undang-undang, tolak penghantaran Huawei

Para penyiasat mendapati FedEx telah menangguh 100 penghantaran yang mempunyai kaitan dengan Huawei

Indonesia Upset Malaysian Police Protecting DAP’s Paul Yong

Indonesian government seems to be a bit upset that the investigation was not carried out according to the rule of law so espoused by the PH government

Beijing naikkan amaran COVID-19 ke tahap dua

Beijing merekodkan beberapa kes baharu COVID-19 untuk hari keenam berturut-turut pada Rabu. Perkara itu memaksa pihak berkuasa ibu negara China itu mengembalikan sekatan yang ketat...

Pemandu ambulans rogol pesakit COVID-19 dalam perjalanan ke hospital

KERALA: Seorang pemandu ambulans di India ditahan selepas didakwa merogol pesakit COVID-19 di daerah Pathanamthitta, di sini. Kejadian pada Sabtu lalu itu berlaku ketika dua...

Covid-19: Leka berparti rai tamat perintah berkurung, seorang wanita bersama 15 rakan positif dijangkiti

SEORANG wanita yang dijangkiti coronavirus bersama 15 rakannya memberitahu bahawa mereka 'cuai' selepas keluar untuk meraikan berakhirnya perintah berkurung. Erika Crisp berkata, dia disahkan positif...

Haziq disahkan meninggal dunia susulan serangan masjid Christchurch

Ketika kejadian Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Mohd Haris terselamat tetapi trauma manakala bapa mereka parah ditembak.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...