Irene Diminta Kemuka Bukti Dakwaan Terhadap Jabatan Imigresen

Irene Fernandez

- Advertisement -

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen meminta supaya Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez mengemukakan bukti berhubung dakwaan terhadap salah laku pegawainya yang disiarkan dalam akhbar The Jakarta Post pada Isnin.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, setakat ini tiada aduan yang diterima mengenai majikan yang melanggar undang-undang imigresen kerana mengupah pekerja yang tiada dokumen sah, tetapi tidak dihukum kerana membayar pegawainya (rasuah).

“Setakat ini, tiada laporan (seperti yang didakwa) diterima oleh Jabatan Imigresen. Irene perlu mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu.

“Jabatan Imigresen akan menjalankan siasatan berdasarkan laporan yang dibuat. Semua orang boleh cakap (dakwa) macam-macam tetapi biarlah ada bukti,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Irene Irene dalam satu temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan oleh The Jakarta Post pada Isnin bahawa ramai majikan melanggar undang-undang imigresen kerana mengupah pekerja yang tiada dokumen sah, tetapi tidak dihukum kerana mereka membayar polis dan pegawai imigresen dalam pakatan sulit untuk menyalahkan pekerja.

Menurut Irene, pihaknya merekodkan lebih 1,500 kes membabitkan pekerja tanpa dokumen dan 500 kes melibatkan majikan melanggar undang-undang imigresen pada tahun 2011.

Kebanyakan pekerja tanpa izin dihantar pulang selepas menjalani hukuman penjara sementara majikan bebas daripada tuduhan, kata Irene lagi.

Alias berkata, jika dakwaan Irene itu adalah benar, Jabatan Imigresen akan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak majikan dan pegawai jabatannya.

“Kami akan menyiasat. Jika benar, kami akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap majikan kerana merasuah pegawai kami.

“Kami juga akan mengenakan tindakan tegas terhadap pegawai terbabit di bawah Lembaga Tata Tertib jabatan. Mereka juga akan diserahkan kepada SPRM untuk siasatan mengenainya kerana menerima rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Alias turut membidas kenyataan Irene Fernandez dalam The Jakarta Post mengenai Program 6P atau Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin dianggap sebagai sesuatu yang menipu.

Alias berkata, Jabatan Imigresen tidak mengutip sebarang bayaran untuk memproses atau mengeluarkan dokumen terhadap pekerja yang ditahan.

“Jika wujud pembayaran, ia adalah penipuan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan Program 6P demi mengaut keuntungan.

“Jadi, mereka yang tidak bertanggungjawablah yang menipu, bukannya Program 6P,” katanya.

Menurut Alias, Program 6P bukan sesuatu yang menipu tetapi sebenarnya dianggap berjaya kerana telah mendaftar 1.3 juta pekerja dan pendatang asing tanpa izin (Pati).

“Mereka (Pati) berada di negara ini secara tidak sah, dan kami memberi peluang kepada mereka sama ada untuk terus bekerja di sini atau pulang ke negara asal masing-masing, tetapi perlu melalui Program 6P,” katanya.

Ketika ditanya adakah Jabatan Imigresen akan mengenakan tindakan terhadap Irene sekiranya dakwaan beliau tidak benar, Alias berkata: “Kita serahkan kepada Wisma Putra untuk menilai tindak-tanduk rakyat Malaysia seperti Irene yang membuat tohmahan mengenai Malaysia kepada negara asing.”

Dalam kenyataan Irene itu turut mengulas tentang Program 6P yang dilaksana kerajaan Malaysia dengan mengatakan: “6P adalah akronim untuk penipuan dan bukan pendaftaran, pemutihan, pengusiran, pemantauan, penguatkuasaan dan pengampunan.

Ini kerana kata Irene, 1,000 daripada 1,300 pekerja yang ditahan bagi tempoh Januari sehingga April masih belum didokumentasikan walaupun telah membayar antara RM2,000 hingga RM4,000.

“Daripada 1,000 pekerja yang masih tiada dokumen dan menjadi mangsa dalam Program 6P itu, 400 adalah warga Indonesia. Kami telah memfailkan aduan kepada polis terhadap ahli perniagaan tempatan yang didakwa terlibat dalam penipuan dan penyeludupan berkaitan pelaksanaan sistem biometrik untuk melaksanakan program itu,” kata Irene lagi.

Antara lain dalam kenyataan Irene dalam The Jakarta Post adalah mendakwa Malaysia tidak selamat langsung untuk pekerja Indonesia kerana negara itu tidak mempunyai rangka kerja mahupun undang-undang khusus untuk melindungi pekerja.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Covid-19: Pesakit terakhir dibenarkan pulang hari ini, tutup terus pusat kuarantin

TERDAHULU, seperti yang dilaporkan media tempatan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijadikan kawasan pusat kuarantin...

Covid-19: Pesakit terakhir dibenarkan pulang hari ini, tutup terus pusat kuarantin

TERDAHULU, seperti yang dilaporkan media tempatan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijadikan kawasan pusat kuarantin...

Kes bunuh Kevin Morais, pakar patalogi dan lima lelaki dihukum mati

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran dan lima lelaki selepas didapati bersalah membunuh Timbalan...

Undersea Tunnel Project: Lim Guan Eng To Give Statement To MACC

Members of the press have been camped out since early morning at the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) state headquarters amid speculation that a former...

35,000 pemandu bas sekolah diberi bantuan khas RM600 setiap orang – Wee Ka Siong

Seramai 35,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan khas berjumlah RM600 setiap seorang, demikian diumumkan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong hari...

Najib Saran UMNO Ambil Balik Parlimen Mersing Dari Abdul Latiff

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.