25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 26, 2020

Irmohizam terajui Majlis Belia Selangor

Datuk Irmohizam Ibrahim

 

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Selangor (MBS) dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa MBS Sesi 2012-2015 yang diadakan di sini hari ini.

Irmohizam yang sebelum ini merupakan Setiausaha Agung MBS dipilih sebulat suara dalam pemilihan yang dihadiri sebanyak 500 perwakilan daripada 20 badan gabungan pertubuhan itu.

Zulkarnain Abu Hanit

Irmohizam akan dibantu ahli Majlis Belia Daerah Hulu Selangor, Zulkarnain Abu Hanit yang dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Turut dipilih ialah tiga Naib Presiden baharu iaitu Noor Masliza Hashim daripada Majlis Belia Daerah Klang, Pua Lai Eng daripada Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) dan M. Muniady daripada Kelab Belia Tamil Bell.

Majlis pemilihan ahli jawatankuasa itu diadakan sempena Perhimpunan Agung Tahunan MBS ke-29 yang disempurnakan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri, Raja Arif Raja Ali.

Sementara itu, Irmohizam berkata, pemilihan ahli jawatankuasa baharu itu diharap dapat memperkasakan lagi segala perancangan dan program golongan belia di Selangor pada masa depan.

“Malah, kami juga bersetuju menggerakkan badan-badan gabungan bagi membantu dan mencari ahli belia untuk diedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.






Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan