Irwan Siregar – Tiada Wang Bayaran Balik GST Yang Hilang - pakdin.my

Tidak berlaku kehilangan wang daripada Tabung Amanah Bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana kesemua kutipan perlu dimasukkan dahulu ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Persekutuan.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah berkata, daripada segi prosedur, keperluan dana untuk dimasukkan tabung bayaran balik GST hanya dibuat selepas Mesyuarat Pengurusan Aliran Tunai Kerajaan Persekutuan yang diadakan setiap bulan.

Katanya, berdasarkan keperluan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, hasil audit terhadap tuntutan bayaran balik dan kedudukan hasil kerajaan, mesyuarat akan membuat keputusan untuk jumlah bayaran balik yang dimasukkan dalam tabung amanah berkenaan.

“Setiap sen dikira, ia adalah duit rakyat, lebih penting ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan, kemudian bila diperlukan, ia akan dikeluarkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan bagi menafikan pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam mengenai berlaku kekurangan RM18 bilion dalam Tabung Amanah Bayaran Balik GST dan mendakwa pentadbiran terdahulu menyalahgunakan wang tersebut.

Kelmarin, Guan Eng juga telah mendakwa bayaran balik GST tertangguh sehingga dua tahun kerana pentadbiran terdahulu telah ‘merompaknya’.

……….
https://pakdin.my/tag/gst

https://pakdin.my/lim-guan-eng

https://pakdin.my/menteri-kewangan-malaysia-bengap-bongok-bengong-bodoh-dan-yang-sewaktu-dengannya/

https://pakdin.my/video-dakwaan-bn-rompak-wang-gst-khairy-buat-laporan-polis/

UTAMAEKONOMIIrwan Siregar – Tiada Wang Bayaran Balik GST Yang Hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium