Isa Samad Ditahan SPRM Selepas Beri Keterangan

Bekas Pengerusi Felda Global Ventures, Tan Sri Mohd Isa Samad ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi bagi membantu siasatan kes pembelian dua buah hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporations (FIC).

Beliau terlebih dahulu hadir ke ibu pejabat SPRM pada jam 2.40 petang tadi untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

“Kami yakin mempunyai asas kukuh membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tesebut,” menurut Pengarah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki.

Katanya, penahanan itu adalah tindakan susulan hasil daripada keterangan yang sudah dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel berkenaan sebelum ini.

Terdahulu Isa tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 2.40 petang Selasa.

Beliau merupakan antara individu yang dipanggil SPRM berhubung pembelian hotel oleh FIC di London dan Kuching.

Sebelum ini, bekas pembantu khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil direman berhubung kes berkenaan.

SPRM turut memanggil bekas dan pengarah semasa FIC termasuk peguam bagi membantu siasatan.

FIC dikatakan membeli sebuah hotel di Kengsington, London pada harga yang tinggi, RM330 juta sedangkan nilai sebenar dikatakan berharga RM110 juta.

Pembelian sebuah hotel di Kuching pada nilai RM160 juta turut dikatakan bernilai lebih RM50 juta daripada nilai sebenar.

Semalam Isa melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi FIC.

Comments (22)

  1. Azli Aziz Tuesday, August 15, 2017 19:35:
  2. Azli Aziz Tuesday, August 15, 2017 19:35:
  3. Azli Aziz Tuesday, August 15, 2017 19:35:
  4. Omar Yaacob Tuesday, August 15, 2017 19:50:
  5. Omar Yaacob Tuesday, August 15, 2017 19:50:
  6. Omar Yaacob Tuesday, August 15, 2017 19:50:
  7. Jamaludin Ali Tuesday, August 15, 2017 19:53:
  8. Jamaludin Ali Tuesday, August 15, 2017 19:53:
  9. Rethauddin Hamid Tuesday, August 15, 2017 19:56:
  10. Rethauddin Hamid Tuesday, August 15, 2017 19:56:
  11. Paan Gee Tuesday, August 15, 2017 20:04:
  12. Mej Tot Tuesday, August 15, 2017 20:11:
  13. Mej Tot Tuesday, August 15, 2017 20:11:
  14. Mej Tot Tuesday, August 15, 2017 20:11:
  15. Remy Antonio Sebastian Tuesday, August 15, 2017 20:14:
  16. Remy Antonio Sebastian Tuesday, August 15, 2017 20:14:
  17. Roslan Ros Tuesday, August 15, 2017 20:21:
  18. Roslan Ros Tuesday, August 15, 2017 20:21:
  19. Ariffin Dom Tuesday, August 15, 2017 21:40:
  20. Ariffin Dom Tuesday, August 15, 2017 21:40:
  21. Jasni Jaafar Tuesday, August 15, 2017 22:55:
  22. Hamzah Mataris Wednesday, August 16, 2017 07:54:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.