Isi kandungan TPPA 
dibentang dua minggu lagi - pakdin.my

MITI-TPPA

Kerajaan akan membentangkan isi kandungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada umum dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, kesemua negara yang bakal menandatangi TPPA sedang meneliti perkara-perkara yang perlu disenarai sebagai rangka serta isi kandungan perjanjian tersebut.

Menurutnya, 12 negara terlibat termasuk Amerika Syarikat (AS), Jepun, Singapura dan Thailand akan bersetuju dengan isi kandungan perjanjian tersebut namun sedang menanti keputusan serta persetujuan Malaysia.

“Sekiranya tiada sebarang kesilapan atau gangguan berkaitan isi kandungan perjanjian, ia akan didedahkan kepada orang ramai dalam tempoh dua minggu lagi.

“Pendedahan itu turut akan memberi penjelasan kepada rakyat negara ini malah negara-negara lain yang terlibat juga bakal melakukan perkara sama mengenai isi kandungan TPPA kepada rakyat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatan rasmi ke pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Melaka di Menara Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Lim Ban Hong dan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia negeri, Mohammad Reduan Mohd. Zabri.

Jelas Ka Chuan, walaupun Malaysia belum menandatangani perjanjian tersebut kerana ia perlu dibawa untuk dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu, beliau yakin negara akan menyertai TPPA.

Katanya, keyakinan itu adalah berasaskan dari segi kepentingan negara dan trend perdagangan dunia pada masa kini serta faedah yang mampu disumbangkan kepada ekonomi negara.

“Melalui perjanjian ini, kita akan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan dengan adanya pertumbuhan kilang-kilang dari negara anggota TPPA yang akan serta pasaran perdagangan bebas cukai menjangkau nilai USD800 juta,” ujarnya.

Tambah beliau, TPPA juga merupakan satu kebaikan kepada para pengguna terutamanya yang ingin berurusniaga dengan pasaran negara terlibat tanpa sebarang halangan cukai mahupun Kastam malah turut mewujudkan persaingan sihat dalam industri.

“Negara tidak boleh dikecualikan dalam perkara ini (TPPA) kerana ini bukan sahaja memberi faedah kepada pengguna malah dapat membawa masuk pelaburan langsung luar (FDI) ke dalam negara yang seterusnya memberi lebih faedah tambahan rakyat dan negara,” katanya.

UTAMAEKONOMIIsi kandungan TPPA 
dibentang dua minggu lagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium