24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

BEERSIH 2.0 – Islam Larang Perhimpunan Haram, Peserta Harus Taubat

KUALA LUMPUR: Umat Islam yang ingin menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini dinasihati segera bertaubat kerana perhimpunan itu ditegah oleh Islam disebabkan ia hanya akan membawa kerosakan, kata ahli akademik Islam.

Menurut mereka, Islam tidak menggalakkan sebarang kekerasan, dan perhimpunan sebegitu walaupun dimulakan dengan aman, pasti akan berakhir dengan keganasan seperti yang berlaku sewaktu perhimpunan Reformasi 1998 dan Bersih 1.0 pada 2007.

Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata bahawa daripada kaca mata Islam, tidak ada sebarang dalil daripada Al-Quran yang membenarkan perhimpunan sebegitu dilakukan.

“Saranan kita kepada orang Islam yang sudah mendengar amaran daripada polis tapi masih lagi berniat nak pergi, batalkan niat tersebut kerana risikonya untuk membawa kepada kefasadan dan kerosakan adalah besar.

“Mengikut kaedah Feqah, sebarang jalan walaupun niatnya baik tetapi jika ia mempunyai kecenderungan untuk membawa kerosakan, maka jalan itu hendaklah ditutup,” katanya kepada Bernama.

Fadlan berkata kenyataan Polis Diraja Malaysia bahawa perhimpunan sebegitu akan mendatangkan kemudaratan harus diambil kira.

“Apa yang disebut oleh polis merupakan satu benda yang telah diperhatikan dan kerosakan itu dapat kita lihat dalam demonstrasi haram yang pernah dijalankan sebelum ini,” katanya.

Beliau menggesa pihak penganjur dan peserta perhimpunan itu agar turut mengambil kira hak dan keselamatan orang awam yang tidak mahu terlibat.

Ahmad Fauzan Yahaya, Ketua Jabatan Pusat Pengajian Islam, Kolej Islam Antarabangsa, berkata umat Islam yang berniat menyertai perhimpunan itu perlu melakukan timbang tara terlebih dahulu.

Katanya sebagai umat Islam, mereka perlulah melihat sesuatu perkara yang lebih membawa kebaikan, sebaliknya jika keburukan melebihi segala-galanya termasuk bencana yang akan timbul daripada perhimpunan ini, mereka perlu menghindarinya.

“Kalau dilihat daripada segi aspek perhimpunan ini, tak ada permit, berkumpul di jalan raya, provokasi dan memaki hamun, maka kebaikan itu lebih sikit daripada keburukan.

“Kita tak boleh bayangkan macam mana jika ada provokator dalamnya. Dulu sewaktu Bersih 1.0, bayangkan ada golongan Syiah sekali angkat bendera Pas dan gambar pemimpin Syiah Ayatollah Khomeini, sedangkan gerakan Syiah diharamkan di dalam Malaysia,” katanya.

Ahmad Fauzan berkata beliau hairan kenapa penganjur perhimpunan yang semakin terang didalangi parti-parti politik mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak telus.

“Bila mereka menang, mereka kata itulah pertolongan Tuhan, bila kalah mereka tak kata pengajaran dari Tuhan, tidak pula mereka rasa perlu muhasabah diri sendiri kerana mereka harus sedar dalam kerajaan semuanya milik Allah. Allah berhak memberi dan mengambil kuasa daripada dan kepada sesiapa yang Dia mahu,” katanya.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia turut menasihati mereka yang ingin menyertai perhimpunan haram itu agar membatalkan niat mereka.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yang boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.

 

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan