Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Global

All countries
231,533,265
Confirmed
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
206,497,379
Recovered
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm
All countries
4,745,154
Deaths
Updated on September 24, 2021 15:04 3:04 pm

Ismail Sabri calon paling layak diketengah sebagai PM – Ahmad Maslan

UMNO berpendapat bekas timbalan perdana menteri dan Ahli Parlimen Bera, Pahang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, adalah individu paling layak untuk dicalonkan sebagai perdana menteri.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia susulan penolakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri, selain timbalan presiden Datuk Seri Mohamad Hasan tidak memenuhi kriteria, kerana berstatus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Jadi kita pergi yang nombor tiga (dalam hierarki parti) iaitu Ismail Sabri yang telah ada pengalaman sebagai menteri yang menjaga COVID-19, sebagai menteri kanan dan ada pengalaman menjadi ketua pembangkang.

“Beliau juga ada pengalaman jadi timbalan perdana menteri dan rasa beliaulah (calon) paling layak dalam senarai yang ada,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Menara Dato Onn di sini hari ini.

Ismail Sabri ialah Naib Presiden UMNO, manakala Ahmad Zahid adalah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Perak serta Mohamad, ADUN kawasan Rantau, Negeri Sembilan.

Terdahulu, UMNO hari ini mengadakan pertemuan dengan PAS yang dihadiri Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kesemua 18 Ahli Parlimen PAS menyokong penuh Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan, dan menegaskan surat akuan bersumpah telah diserahkan kepada Istana Negara.

“Kita telah bincang bersama dan membuat keputusan. Jadi tak ada masalah, PAS kita ‘solid’ sokong calon dari Barisan Nasional,” kata bekas menteri alam sekitar dan air itu.

Semalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menerusi notis bertarikh 17 Ogos, meminta 220 Ahli Dewan Rakyat menyerahkan satu surat akuan bersumpah bagi menamakan seorang calon perdana menteri kepada Istana Negara.

Notis itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri, susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh Isnin lepas.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

Berkaitan