Home / :: BLOG :: / Israel Datang Program PBB Kecoh, Israel Bagi Derma Pada DAP Tak Kecoh

Israel Datang Program PBB Kecoh, Israel Bagi Derma Pada DAP Tak Kecoh

Apabila ada sekumpulan diplomat dari Israel hadir ke Malaysia untuk hadir ke satu program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyokong pembangkang mula kecoh dan kritik kerajaan dengan mendakwa kerajaan kononnya memihak dan menyokong rejim zionis itu.

Itu tuduhan mengarut sama sekali. Mungkin mahu lari isu kes rasuah terowong di Pulau Pinang dan isu main bola atas padang pasir di Selangor, maka kecohkanlah cerita kehadiran wakil Israel ke program anjuran PBB itu. “Diversion” dibuat untuk tutup dua cerita panas itu.

Secara dasarnya, Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik kerajaan dengan kerajaan dengan Israel. Di passport Malaysia pun masih tertulis dengan jelas larangan masuk ke negara zionis itu.

Wakil Israel yang hadir ke Malaysia adalah Diplomat Kanan Israel yang diketuai bekas Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet untuk hadir program World Urban Forum (WUF). Program WUF dihadiri oleh 185 buah negara dan dianjurkan Program Penempatan Manusia PBB atau UN-Habitat.

Kehadiran diplomat Israel ke program PBB mereka hendak kecoh, kenapa penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak kecoh pula tentang pendedahan bahawa DAP menerima derma RM1.2 bilion dari Israel? Perkara itu didedahkan sendiri oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman kira kira tiga tahun yang lepas.

Pada tahun 2015, ada wakil pembangkang juga buat pendedahan sama. DAP hanya menafikan perkara itu tapi tidak mengambil tindakan memfailkan saman ke atas Mohamad Razali sampai ke hari ini. Mengapa pemimpin tertinggi DAP, Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membisu tentang duit Israel ini?

http://pakdin.my/sudah-setahun-dana-rm1-2-bilion-dari-israel-mana-jawapan-dap/

http://pakdin.my/israel-tawar-1-2-billion-ngo-minta-polis-siasat-dakwaan-pemimpin-pas-terhadap-dap/

Dapat duit dari Israel untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang lepas. Apakah dalam menghadapi pilihanraya kali ini, DAP terima duit derma dari Israel sekali lagi?

http://pakdin.my/dap-terima-dana-pilihanraya-usd300juta/

https://1.bp.blogspot.com/-Bi2FgCGn2zc/WoPBaHbrSjI/AAAAAAAAIlY/m-ugwcNCjs4qMcOdLBklB4mJaPHRpPDswCLcBGAs/s1600/20180214-dap-dana-israel.jpg

Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen DAP Beruas adalah anggota pertubuhan Socialist International yang turut dianggotai oleh parti politik dari Israel. Pertubuhan sosialis antarabangsa ini sering membantu anggotanya menghadapi pilihanraya di seluruh dunia. Barangkali kerana takut rahsia terbongkar, sampai ke hari ini, DAP diam hal dana RM1.2 billion dari Israel ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah cuba untuk menjalinkan sebarang hubungan kerajaan dengan Tel Aviv. Di forum antarabangsa dan PBB, Datuk Seri Najib tegas dan konsisten memperjuangkan isu Palestin.

Berbeza dengan Mahathir yang kini menjadi Pengerusi PH. Mahathir pernah menjalin hubungan dengan Israel. Mahathir sendiri mengaku ada menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel pada masa itu, Yithzak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pada tahun 1993, 1997 dan 1999. Ada dakwaan pada 6 hingga 9 Julai 1994, Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Rabin bersama Menteri Luar Israel, Shimon Peres di Hotel De Grillion, Perancis di mana mereka sama-sama menginap.

https://3.bp.blogspot.com/-AX7poqu-lxM/WoPBq8qGYZI/AAAAAAAAIlc/Z4UtnFI-dsIk6GnV_f92cySVK-RLifnuwCLcBGAs/s1600/20180214-mahathir-israel.jpg

Laporan pada masa itu oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis. Selepas daripada itu, baru Mahathir mengaku bahawa beliau ada berhubung dengan Rabin hanya melalui surat.

Mahathir walaupun pernah mendakwa berkawan rapat dengan bekas Pengerusi PLO dan Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Arafat tapi Mahathir tidak pernah menjejakkan kaki ke Palestin, walaupun lantang mengkritik Israel.

Akan tetapi, Najib merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia yang menjejakkan kaki ke bumi suci dalam satu lawatan kemanusiaan ke Gaza pada 22 Januari 2013. Najib tiba di sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira pukul 4.40 petang waktu Malaysia pada masa itu. Beliau disambut oleh Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di sempadan.

DAP dan PH jangan pertikai perkara lain, jawab dulu soal derma dari Israel yang bejumlah RM1.2 bilion yang diterima. Bukan isu itu sahaja, Kit Siang dan Guan Eng kena jawab banyak perkara lain soal rasuah dan penindasan rakyat. Mereka terus diam sampai hari ini.

Tidak perlu kecoh kenapa delegasi Israel itu datang ke Malaysia. Ianya atas jemputan program PBB. Bukan seperti derma dari Israel yang DAP terima itu. Dana RM1.2 billion itu lebih serius untuk diperbincangkan. Mahathir pun turut sama diam pasal dana Israel itu. Tutup mulut habis bila sudah bersahabat dengan DAP.


Rujukan:
http://pakdin.my/anwar-sokong-israel-sebab-dana/

http://pakdin.my/nik-aziz-gesa-anwar-tarik-balik-kenyataan-sokong-israel/

http://pakdin.my/anwar-akrab-dengan-yahudi-tun-m/

http://pakdin.my/video-apakah-hubungan-istimewa-israel-dengan-dap-razali/

Surat Mahathir kepada Benjamin Netanyahu:
https://3.bp.blogspot.com/-TDzLrWVLuPA/WoPCDmfRuBI/AAAAAAAAIlk/_8srZdwxuDUiBsyQJwsUin8GsL-MTmR1gCLcBGAs/s1600/20180214-mahathir-nethanyahu-israel-1.jpg

https://3.bp.blogspot.com/–n9Atydzw_E/WoPCMsQhjGI/AAAAAAAAIlo/iXvzQP88NpYyOgmLrTlI_tHd9yXq7va0wCLcBGAs/s1600/20180214-mahathir-nethanyahu-israel-2.jpg

Surat Mahathir kepada Ehud Barak:
https://4.bp.blogspot.com/-IiVUwman88c/WoPCpzoifcI/AAAAAAAAIl0/7goOp7NhEX0wnW-h-lR5Im2jw1131SoLwCLcBGAs/s1600/20180214-mahathir-ehud-barak.jpg

https://4.bp.blogspot.com/-up484q3hQyY/WoPC4L93QaI/AAAAAAAAIl8/EcpSECxXUgUHpmTsybbQ8XW-b_YwEEq_wCLcBGAs/s1600/20180214-mahathir-ehud-barak-2.jpg

Surat Mahathir kepada Yitzhak Rabin:
https://4.bp.blogspot.com/-vM7zBoUSoEk/WoPDIFxB10I/AAAAAAAAImE/ISXJIda61gMrszUkpc17DPn-mHOeGOYOACLcBGAs/s1600/20180214-mahathir-yishak-rabin.jpg

Tulisan :
Beruang Biru
BB780, Rabu
14 Februari 2018

(Visited 64 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

42 comments

  1. Saiful Ibrahim

    Madey bagi masuk Israel sejak 1997…. kriket israel…

  2. Roslan Jaafar

    Sbb Dapig dah dpt rasuah dari israel..sila mmpertahankan negara jgn ada sbb melayu durjana hancur negara ku malaysia.

  3. Mohamed Zuhri Amir

    Kn Malaysia hya jdi penganjur program dri PBB…bkn kerana jdi penganjur nk ada kn hubungan diplomatik…kekadang pemimpin pembangkang ni bodoh memutarbelitkn fakta yg bangang puok² bangang nganguk je taknk pakai otak berfikir…??

  4. Mohamed Zuhri Amir

    Ko Tu yg bangang tak nk guna akal yg normal??

  5. Wan Shahriman Wan Zulkifli

    Mahacai n pencacai xkn kisah bnda ni. Dh biasa mkn najis….

  6. Zul Mahat Lip

    Waaa kalo betol Dap dpt sumber dari owg yahudi. Kerajaan kena suruh sprm tangkap bahaya tu. Kalo tak berani kompom fitnah sembang lebih.

  7. Mohd Affendi Ismail

    Kat Malaysiakini pemimpin2 PH ni mengaku ada terima dana dr NGO2 dr Amerika & Israel..even YB rafizi pun mengaku ade terima dana tu utk aktiviti dia

  8. Mohd Affendi Ismail

    Benda ni ramai dah tau..ko je yg tak tau kot..gi baca balik Malaysiakini tersayang ko tu

  9. Idrus Shaari

    Unlike la page n bro,pnjilat tegar rmai sini,.

  10. Joe Kaiser

    Sampai sekarang razali ni guan end tak berani saman.

  11. Zul Mahat Lip

    Owg umno memang xada isu main dengor ceta temberang pemimpin dia dia ikut jek kesian.kan kata kalo ada bukti wat siasatan rafizi boleh kena tangkapan tu pon sbb siasatan pihak lawan.baik tngkap cepat guan eng madey mad sabu tu cepat² takut nati lambat rugi laa.

  12. Kompaz Masa

    hahhaahaha… jrg2 aku bodohkan org tp page nh mkin bodoh.. maaf la ya…

  13. Kompaz Masa

    Idrus Shaari aku mlas unlike sebab apa sebab aku nk tgk page nh la dulu dok angkt tun masa kat dlm umno tp sekarang kutuk tun m sampai mcm depa maksum… oh hri nh hri rabu..

  14. Mohamed Zuhri Amir

    Dgr dri Malaysiakini lidah pembangkang…nk marah maki hamun gi marah Malaysia kini???

  15. Amirul Akmal

    Blom pernah lagi israel jejak tanah malaysia ni.dapat kat najib dah blh dah israel dtg malaysia tahniah najib razak

  16. Amirul Akmal

    Dah nma pun derma kat dap plk tu ape yg jadi masaalah nye

  17. Amirul Akmal

    Aku sokong admin ni bodoh.x blh beza org bagi derma dgn bawak yahudi masuk negara ni.siap ade pengikut yg bodoh sokong lagi.pengikut tu bkn setakat mkn dedak je siap mkn taik najib

  18. Amirul Akmal

    Ko ni bodoh tahap lembu.klu kite penganjur kuasa tu di tgn kite nk benarkan sape yg dtg ni negara kite bodoh tu simpan sikit utk anak cucu ko..takut x de pewaris bodoh mcm ko

  19. Amirul Akmal

    Umno bn lagi bodoh dari dap sebab dap dpt duit.umno bn bodoh sebab bwak masuk yahudi dlm negara ni

  20. Awang Mahathir

    Tuduh2 page org bodoh kenape layan jgk beerti ko org pun bodoh jgk la….sengal punya mahacai

  21. En Awan

    Benda pertama akn dibuat oleh PH,klu dia menang pru14,jalinkan kerjasama dgn yahudi???

  22. Awang Mahathir

    Derma arab saudi kat umno yg barua melayu ph meroyan boleh pulak..hishish..hipokrit sungguh

  23. Mohd Affendi Ismail

    Masalahnya pendedahan itu dari media Malaysiakini sendiri bkn dr pihak BN/UMNO..pergi cari kat page Malaysiakini tu..xde keja nk link kat sini

  24. Mohamed Zuhri Amir

    Ko Tu yg bodoh klu dh Nama PBB negara satu dunia lh bangang…ISU Palestine israel pn dlm PBB….tak faham la otak pembangkang ni letak mna….klu dbandingkn lembu dgn puok² pH rsenya lembu lgi bijak?

  25. Awang Mahathir

    Mahacai = malaysiakini satu DNA, berbeza genetik, satu genetik spin, satu lagi genetik hadam..hishish

  26. K-rol Nickman

    jgn dilayan org sakit otak ni bro.. tau nak cari salah je.. DAPig PH dpt dana dari israel xpe plak ye.. hahaha

  27. Muhamad Ariff

    Admin yahudi ok lah syg israil ketat2..

  28. Sawal Suramin

    Dap ingat kita semua rakyat Melaysia bersekolah kaki ayam …

  29. MD HJ

    Bukan bodo tak baik kutuk oppo tau..tapi dia org ni tahap bengap n bahlool dah

  30. MD HJ

    Tak da undang 2 nak tahan camana

  31. Zul Mahat Lip

    Memang dpt pengiktirafan berita Malaysakini, semua rakyat mesia baca.Lama xtengok Buletin TV3,bijak awak ini semua memilih Chanel berita yg terbaik malaysia kini.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.