25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

Israel Perintah Dunia Melalui Proksi – Tun M

Terdapat kebenaran kepada dakwaan bahawa Israel memerintah dunia melalui proksi, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tertanya-tanya adakah orang menyedarinya atau tidak tetapi calon-calon presiden Amerika Syarikat iaitu kuasa besar tunggal, semua perlu mendapatkan kelulusan daripada Israel.

“Calon Republikan bagi jawatan Presiden, Mitt Romney, baru sahaja menziarahi Tel Aviv dan telah membuat akur janji terbuka bahawa beliau akan lebih tegas terhadap rakyat Palestin dan Iran berbanding Obama (Pesiden Barack Obama), katanya dalam entiri terbaru dalam blognya di chedet.cc pada Isnin.

Dr Mahathir percaya tidak lama lagi Obama akan melakukan lawatan sama dan akan menaburkan banyak lagi janji untuk berjuang bagi Israel.

“Situasi ini ganjil dan rakyat Malaysia tidak berfikir pendekatan ini elok semasa pilihan raya umum.

“Bagaimana jika calon-calon Malaysia bagi pilihan raya terpaksa melawat negara jiran untuk berjanji persahabatan kita atau menyokong mereka?

“Pilihan raya kita adalah untuk memperoleh sokongan rakyat Malaysia untuk parti yang akan membentuk kerajaan. Apa yang negara lain berfikir mengenai dasar-dasar kerajaan kita adalah tidak relevan,” katanya.

 

 

 






Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan