Home / :: BLOG :: / Istana Kelantan tarik balik darjah kebesaran Mahathir 

Istana Kelantan tarik balik darjah kebesaran Mahathir 

Sehari selepas menarik balik darjah kebesaran dua pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH), istana Kelantan melakukan tindakan sama ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penarikan balik pingat kebesaran Darjah Kebesaran itu dinyatakan pihak istana melalui sepucuk surat yang diterima pihak Dr Mahathir hari ini.

Surat itu bertarikh 6 Feb lalu dan dihantar ke rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan.

Semakan menunjukkan pingat yang ditarik balik itu ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) Al-Yunusi Kelantan yang diterima Dr Mahathir pada April 2002.

Menurut kedudukan di Kelantan, anugerah DK Al-Yunusi itu adalah pingat kebesaran tertinggi dikeluarkan pihak istana negeri terbabit.

Sumber memberitahu, Dr Mahathir sedang dalam proses menyerahkan semula pingat berkenaan.

Ia dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu Tuanku Ismail Petra dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Semalam istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa gelaran Datuk kepada Naib Presiden AMANAH Husam Musa dan pengerusi parti itu bagi Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Sama seperti surat yang dihantar kepada Husam dan Wan Abd Rahim, makluman mengenai penarikan balik pingat buat Dr Mahathir juga ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Bagaimanapun untuk rekod penarikan semula pingat kebesaran istana Kelantan itu bukanlah sesuatu yang baru.

Sultan Kelantan pernah melakukan penarikan balik anugerah itu pada 2010 membabitkan beberapa individu termasuk Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali.

(Visited 11 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Harga Gula Dunia Merudum, rejim PH Senyap-Senyap Tax rakyat

Siapa yang untung? Kerajaan kenakan cukai kepada rakyat dalam senyap? Saudagar gula? …………. Harga gula …

8 comments

  1. Abdul Khalid Khalid

    Keputusan yg terbaik spya tdk disalahguna

  2. Zeck Madah

    Di harap gelaran Tun juga ditarik balik… so jadi la Pak Mahadir… khe khe khe.

  3. Faridabasi Faridabasi

    Sudah tiada lagi keistimewaan dan kepercayaan terhadap madey hinggakan pingat kebesaran pon di tarik balik…aduhai nasib madey terjun dengan labu nya ke laut

  4. Faizal Gadong

    Kalau bukan Pak Mahadir jadilah nanti Pak Pandir…hahaha

  5. Misnan Yusak

    Yg kau suke sngt kenape? dlm kubur nanti xdisebut pun gelaran yg kau dpt.

  6. Mohd Fauzi

    UNDUR UNDUR UNDUR UNDUR PAKATAN HARAPAN. KUASA RAJA-RAJA DIHAPUSKAN. KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DIHAPUSKAN. KUASA PM SERAH KEPADA BARUA DAP. ?

  7. Mohamad Fathil Doyah

    dah tarik blk tu, bagi semua kat najib – dia nak.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: