Istana Selangor nafi dakwaan portal berita permohonan Khalid ditolak - pakdin.my

tuanku-sultan-selangor-murka-terhadap-khalid

SHAH ALAM: Istana Selangor menafikan dakwaan sebuah portal berita yang menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk menghadapnya.

Ia berikutan Khalid sudah menghantar permohonan untuk mengadap Sultan Selangor bagi menjelaskan kenyataan berhubung isu kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata beliau tidak dihubungi mana-mana portal berita dan memberi sebarang kenyataan berkenaan penolakkan permohonan Khalid itu.

Katanya, Baginda hanya sudah menerima permohonan daripada Khalid, namun tidak memberi sebarang keputusan lagi berkenaan perkara itu.

“Tuanku sudah menerima permohonan untuk menghadap daripada Khalid, bagaimanapun tiada sebarang keputusan dibuat oleh Baginda samada akan berkenan untuk berjumpa atau sebaliknya.

“Hal ini berkemungkinan bahawa portal berita berkenaan sudah tersalah menerima maklumat dan menukar kenyataan pihak Istana Selangor yang menyatakan Baginda menolak permohonan Khalid itu.

“Justeru, pihak Istana akan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bahawa Baginda sudah menolak permohonan itu dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, semalam.

Sebelum ini, BH melaporkan, Sultan Selangor murka terhadap Khalid yang mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri itu.

Menurut baginda, kenyataan Khalid Samad menunjukkan beliau jahil mengenai peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda dalam menjalankan kuasa sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi berkata, beliau tidak mahu mempercayai laporan portal berita berkenaan dan menunggu surat rasmi daripada pihak Istana yang menyatakan keputusan samada permohonannya untuk menghadap Sultan Selangor.

“Saya meragui ketepatan pemberitaan laporan portal terbabit yang menyatakan permohonan untuk menghadap Sultan Selangor ditolak.

“Saya akan menunggu surat rasmi daripada Istana bagi mengesahkan dakwaan itu,” katanya.

UTAMAPOLITIKIstana Selangor nafi dakwaan portal berita permohonan Khalid ditolak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium