Statistik Corona

Malaysia
2,082,876
Confirmed
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm
Malaysia
1,840,450
Recovered
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm
Malaysia
219,359
Active
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm
Malaysia
23,067
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,188,529
Confirmed
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm
Indonesia
3,983,140
Recovered
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm
Indonesia
140,323
Deaths
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm

Global

All countries
228,739,981
Confirmed
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm
All countries
203,641,152
Recovered
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm
All countries
4,697,707
Deaths
Updated on September 18, 2021 21:55 9:55 pm

Isteri Tidak Cemburu Watak Romantik Adi Putra

Adi Putra

Pelakon Adi Putra mengakui isterinya Aida Yusof, 37 sudah lali dan tidak cemburu dengan watak romantik yang sering dilakonkannnya dalam drama dan filem-filem tempatan.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, setakat ini isterinya tidak pernah menunjukkan rasa kurang senang dengan mana-mana watak romantik yang dibawakannya bagi menjayakan sesebuah karya.

“Alhamdulillah, setakat ini isteri saya tidak pernah menunjukkan sebarang reaksi cemburu dan saya rasa dia sudah biasa dan lali dengan watak-watak romantik saya dalam mana-mana drama atau filem.

“Dia faham itu hanyalah tanggungjawab saya sebagai pelakon dan kerjaya ini bukan baru tetapi sudah hampir 11 tahun saya menceburinya. Dia sangat faham,” katanya.

Tambahnya, Aida tidak pernah meletakkan had-had dan batasan tertentu untuk dia berlakon dengan mana-mana wanita.

“Dia jarang masuk campur hal kerja saya dan tidak pernah beri sebarang limit untuk saya berlakon dengan perempuan.

“Saya sebagai suami yang sepatutnya tahu menjaga batasan dan kita juga ada Lembaga Penapisan Filem yang sentiasa menilai tahap sesebuah lakonan itu,” katanya.

Kata Adi, dia perlu bijak membahagikan masa kerja dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak angkatnya Zara Adelia yang kini berusia sembilan bulan.

“Saya sentiasa menyusun jadual untuk sentiasa berada bersama keluarga jika tiada penggambaran. Kalau tiada apa-apa kerja saya lebih suka duduk sahaja di rumah,” katanya.

Ditanya tentang anak angkat yang kurang didedahkan kepada umum, Adi berkata dia mempunyai sebab tersendiri untuk berbuat demikian.

“Saya tidak mahu dia terlalu mendapat publisiti tapi bukan bermakna saya menyorokkan dia daripada pengetahuan peminat.

“Saya memikirkan kesan apabila dia besar dan bersekolah nanti. Bukan senang untuk pikul populariti, biarlah saya sahaja yang dikenali masyarakat,” katanya.

Tambah Adi, rezeki dan populariti sebagai pelakon bertambah sejak mengambil Zara Adelia menjadi ahli keluarga mereka.

“Saya percaya rezeki yang saya dapat dan populariti beberapa drama saya yang mendapat sambutan adalah kerana anak saya.

“Saya yakin rezeki yang kita dapat kita perlu kongsi dengan orang lain juga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Adi sedang menjalani penggambaran filem Suami Aku Ustaz dan telefilem Ijab dan Kabul untuk siaran Aidilfitri depan di TV3.

Berkaitan