Home POLITIK Isu Air: Rakyat Kedah Bakal Kehausan, DAP Tetap Kenyang

Isu Air: Rakyat Kedah Bakal Kehausan, DAP Tetap Kenyang

empangan-airRakyat Kedah mula tertanya-tanya apa ceritanya tentang anggaran hasil RM20 juta dari penjualan air kepada Pulau Pinang yang dimegahkan oleh Menteri Besar Kedah sebagai langkah bijak untuk mengurangkan defisit bajet negeri itu. Apakah ia akan terus menjadi sekadar sebuah cerita dongeng yang dibacakan untuk menghiburkan hati rakyat?

- Advertisement -

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak telah tersalah congak akan kuasa seorang Menteri Besar agaknya. Sangkanya, dengan hanya mengumumkan dalam bajet, maka perkara tersebut akan dengan sendirinya terlaksana.

Atau mungkin juga beliau menyangka, apa yang perlu dilakukan selepas mengumumkan bajet, hanyalah menghantar ‘invois’ setiap hujung bulan kepada kerajaan Pulau Pinang sepertimana urusniaga biasa, dan kerajaan Pulau Pinang pun akan membayarnya.

Oleh kerana kebebalan ini, maka Ketua Menteri Pulau Pinang juga mengambil sikap acuh-tak-acuh dengan cerita dongeng Azizan.

Apabila cerita dongeng ini meletup, si Phahrolrazi, exco kerajaan PAS Kedah pun terpaksa menunjuk tegas dengan membuat kenyataan yang Kedah tetap akan meletakkan harga ke atas air yang dibekalkan kepada Pulau Pinang. Malangnya, Phahrolrazi, mahupun Azizan sendiri enggan mengadap kerajaan negeri Pulau Pinang untuk berbincang. Apa yang difahamkan, hanya satu surat sahaja yang dihantar oleh Kedah kepada Pulau Pinang untuk menyatakan hasrat mengenakan bayaran terhadap bekalan air mentah kepada negeri itu.

Justeru, tidak salah apabila Pulau Pinang hanya menghantar Pengurus Besar Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang, Jaseni Maidinsa untuk memberi respon terhadap kenyataan seorang exco. Dan tidak salah juga jika Jaseni memberi jawapan yang seolah-olah tidak serius iaitu Pulau Pinang hanya menggunakan sumber air Sungai Muda bermula dari sempadan sungai yang mengalir ke negeri itu sahaja dan oleh itu, ia tidak boleh dikenakan bayaran kerana ia bukan di dalam tanah jajahan Kedah. Dengan jawapan begitu, kerajaan Kedah pun menjadi kelu.

- Advertisement -

Inilah masalahnya apabila hanya bijak bercakap tetapi tidak tahu bekerja. Kedah kini benar-benar bergantung kepada sumber semulajadi, iaitu air dan balak. Melihat kepada keadaan semasa, di mana Azizan tidak pernah, tidak akan dan tidak mungkin akan berani berbincang dengan Guan Eng, maka Kedah pasti akan berputih mata dalam mengharapkan hasil dari penjualan air kepada Pulau Pinang.

Sudahlah tidak dapat membawa hasil melalui air, satu-satunya yang dapat membawa hasil iaitu balak, nampaknya telah menyumbang masalah kepada bekalan air kepada rakyat Kedah pula.

Pembalakan yang tiada batasan dan yang tidak menghiraukan sempadan kawasan tadahan bukan sahaja memberi kesan kepada geologi dan berisiko menyebabkan tanah runtuh atau banjir lumpur, tetapi juga mencemarkan bekalan air.

Antara yang paling kronik ialah kegiatan pembalakan yang cuma 100 meter dari Tasik Pedu. Sebelum itu, di kawasan seluas 5,000 hektar di Gunung Inas, Sik untuk diwujudkan Ladang Sejahtera manakala 350 hektar di hutan simpan dan tadahan hujan di Tasik Pedu dikatakan bakal dijadikan ladang buah-buahan. Meskipun mendapat bantahan keras pelbagai pihak, namun kerajaan Pas Kedah terus angkuh meneruskan kegiatan itu. Malah Azizan juga mahu mengenal pasti lagi kawasan pembalakan baru seluas 800 hingga 1,000 hektar untuk dipajak kepada pihak lain.

Masalah air yang tercemar kerana pembalakan luar kawal bukan cerita dongeng seperti dongeng ingin menjual air mentah kepada Pulau Pinang.

Pada bulan Oktober 2011, penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Perak. Akibatnya, air yang mengalir ke 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas, Kg Sg Pisang, Kg Sungai Siput, Kg Mahawangsa, Kg Lasau, Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian menjadi keruh kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit. Penduduk kampung terpaksa menggunakan air yang berwarna merah berlumpur untuk urusan seharian termasuk memandikan jenazah.

Namun, kerajaan negeri Kedah masih lagi mengambil sikap tidak peduli dengan nasib rakyat. Kononnya, ini semua hanyalah mainan politik UMNO.

Jelas bahawa Azizan sebenarnya telah buntu atau ‘mati kutu’ dalam usaha untuk menjana pendapatan negeri kerana itu beliau sanggup membiarkan kawasan hutan simpan kekal juga diteroka.

Segala-gala projek yang dirancang tidak menjadi, termasuk projek-projek besar seperti projek perladangan di Papua New Guinea. Ini sangatlah tidak menghairankan kerana projek bersifat biasa seperti perumahan juga telah gagal dilaksanakan dengan sempurna di bawah kerajaan negeri di mana terdapat unsur-unsur ketidaktelusan yang amat ketara sepertimana yang dilaporkan dalam pembentangan audit baru-baru ini.

- Advertisement -

Azizan tidak berjaya memaksa Pulau Pinang membayar harga bekalan air mentah dan tidak mampu pula untuk memberhentikan bekalan air kepada negeri itu. Sedangkan, rakyat Kedah pula berhadapan dengan masalah air yang masih tiada tanda-tanda akan selesai selagi kawasan pembalakan belum gondol sepenuhnya. Senarionya kini ialah apabila semua balak sudah selesai, rakyat Kedah mungkin akan berhadapan dengan masalah banjir lumpur pula, tetapi rakyat Pulau Pinang tetap akan menerima bekalan air dari Kedah secara percuma.

Kata orang utara, pi-mai-pi-mai, tang tu jugak. Apa saja yang kerajaan negeri lakukan untuk mencari hasil, kononnya, yang dapat hanyalah kerugian semata-mata.

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

7 sekeluarga dijangkiti Covid-19 akibat terawih di masjid

Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid. Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri...

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

992FansLike
4,800FollowersFollow
3,327FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Menteri kereta terbang masih dikuarantin, nafi adakan sidang media

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md...

[Video] Keahlian Tun M Terhenti Secara Undang-Undang – Hamzah Zainuddin

SETIAUSAHA Agung Bersatu Hamzah Zainuddin  hari ini tampil mempertahankan keputusan parti memberhentikan keahlian Dr Mahathir Mohamad dan empat ahli Parlimen parti yang lain, semalam. Katanya,...

Seorang menteri dari PPBM bakal umum letak jawatan petang ini?

Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi memaklumkan mengenai perkara...

Satu lagi “kejadian besar”? Mahathir tetap mahu jadi PM

Setakat ini, Dr. Mahathir masih mahu menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana...

5 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran hospital

Lima pesakit koronavirus mati dalam kebakaran di sebuah hospital di Dhaka. Punca kebakaran masih belum diketahui, kata Pengarah Perkhidmatan Bomba, Zillur Rahman. Bagaimanapun, difahamkan kejadian itu...

Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta. Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz...

Mahathir Akan Mengadap Agong Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mendakwa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi...

[Video] Akan berlaku pertukaran kerajaan semula?

Mereka dilihat sedang menjalankan propanda bahawa era Kerajaan Perikatan Nasional di bawah Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal berakhir tidak lama lagi dan kerajaan...

[Video] Kemalangan maut: Lebuh raya Tanjung Malim-Behrang (KM 389 arah utara) terhalang

Seorang maut, manakala dua lagi masing-masing cedera parah dan cedera ringan selepas van syarikat keselamatan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM)...

[Video] Anjur majlis perkahwinan di kuil: Polis ambil keterangan 33 saksi

Polis telah mengambil keterangan daripada 18 orang saksi berhubung siasatan kes rumah ibadat yang menganjurkan majlis perkahwinan di Taman Serdang Raya pada Ahad lalu. Majlis...

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Kes bebaskan 15 pendatang tanpa izin, enam anggota polis Hulu Selangor ditahan SPRM

“Kesemua anggota itu ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan berkaitan pembebasan 15 pendatang tanpa izin,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rasuah bebaskan PATI: Hakim Mahkamah Sesyen pula ditahan SPRM

Tangkapan ini berkaitan dengan kes tangkapan sebelum ini melibatkan seorang peguam dan timbalan pendakwaraya dan beberapa anggota polis baru-baru ini.

Adib mungkin separa sedar ketika ditarik, kata saksi

Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu Muhammad Adib Mohd Kassim mungkin dalam keadaan separa sedar sewaktu ditarik keluar daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ketika insiden rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, tahun lepas.

Dakwaan gangguan seksual, wanita saman MP Sungai Siput

Indrani berkata, pada Mei lalu beliau pernah membuat laporan polis mendakwa Kesavan mengganggunya secara seksual sejak Disember lalu