Isu AWSJ: Cabaran Santiago tidak masuk akal kata Speaker - pakdin.my

santiago-dewan-rakyat-awsj

Jika dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Jun lalu, Ahli Parlimen Klang DAP menuduh jawapan Speaker menolak usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 sebagai tidak masuk akal, kini Tan Sri Pandikar Amin Mulia pula menempelak Charles Santiago membuat cadangan tidak masuk akal.

Ini kerana Santiago mencabar Pandikar  Amin memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan pembabitan secara peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal 1MDB.

Beliau mendakwa Speaker mempunyai kuasa memanggil mesyuarat tergempar Dewan Rakyat sebaliknya hanya Perdana Menteri boleh berbuat demikian.

Menurut Pandikar Amin, cabaran ahli parlimen Klang itu tidak masuk akal langsung dan menunjukkan kedaifannya sebagai seorang ahli Dewan terhadap prosedur dan peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Saya tak kisah sangat terhadap kedaifan setiap ahli kerana itu adalah hal diri masing-masing untuk menjaga integriti dan kewibawaan mereka sebagai ahli Dewan Rakyat dan pemimpin.

“Yang saya kisah sangat dan terpaksa respons kepada cabaran ini ialah, dalam membuat kenyataan yang TIDAK MASUK AKAL ini, YB Klang mengelirukan pembaca dan orang ramai,” ujar Pandikar Amin.

Katanya, cabaran itu seolah-olah hujah wakil rakyat Klang dan setiap hujah yang keluar dari mulut golongan yang tertentu itu semuanya benar belaka.

Menurut Pandikar Amin, Speaker tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memanggil mesyuarat tergempar sewaktu Dewan Rakyat dalam penangguhan.

“Adapun yang berkuasa ialah Perdana Menteri dibawah PM 11 (3),” katanya kepada BNBBC.my mengulas cabaran Santiago seperti dilaporkan The Malaysian Insider, Ahad.

Santiago dilaporkan berkata, oleh kerana seriusnya masalah Najib dengan 1MDB, ini adalah masa bagi Speaker untuk memanggil mesyuarat tergempar  untuk membincangkan isu ini.

“Ini adalah krisis negara. Beliau (Speaker) mempunyai kuasa untuk memanggilnya,” ujar wakil rakyat DAP itu.

Menjelaskan bidang kuasanya, Pandikar Amin berkata, beliau  menggunakan kuasa sebagai Speaker sewaktu mempengerusikan mesyuarat selaras dengan kehendak Peraturan Peratuan Mesyuarat,terutama jika  ada segelintir ahli-ahli yang mempertikaikan keputusannya.

“Ramai yang sengaja menegakkan benang basah. Malah, sehingga ada antara mereka ini saya arahkan keluar dari Mesyuarat Persidangan kerana ingkar dengan keputusan saya dan  menimbulkan gangguan kepada mesyuarat,” katanya.

Beliau memberi contoh apabila mengarahkan Santiago keluar Dewan atas sebab mempertikaikan keputusan Speaker  menolak usul beliau di bawah Peraturan Mesyuarat 18.

“Kononnya, keputusan saya itu, TIDAK MASUK AKAL. Saya telah meminta beliau untuk tarik balik perkataan, TIDAK MASUK AKAL atas sebab hujah itu mengaibkan atau menghina Speaker,” jelasnya.

Pada kelazimannya dimana mana parlimen, Speaker tidak boleh diaibkan atau dihina oleh mana mana ahli.

“Beliau (Santiago) enggan dan atas keengganan itu saya bertindak tegas dan mengarahkan beliau keluar,”.

“Dalam soal membuat keputusan untuk mentafsir Peraturan Mesyuarat, kemuktamadannya terletak di tangan Speaker  mengikut Peraturan Mesyuarat 43,”.

“Kali ini, saya di cabar oleh YB Klang untuk memanggil mesyuarat tergempar parlimen. Cabaran ini TIDAK MASUK AKAL langsung dan menunjukkan  kedaifaannya sebagai seorang ahli Dewan terhadap prosedur dan peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat,” jelasnya lagi.

UTAMAEDITORIAL1MDBIsu AWSJ: Cabaran Santiago tidak masuk akal kata Speaker

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium