ISU BONUS: FELDA NAFI KENYATAAN RAFIZI, TUNTUT TARIK KENYATAAN - pakdin.my

20170112-rafizi-fitnah-bonus-felda

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini menafikan kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang menuduh FELDA mengambil hutang bagi membiayai Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP).

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Rafizi sehari selepas FELDA mengumumkan menyediakan RM66.7 juta sebagai pemberian bonus kepada peneroka.

Kenyataan tersebut turut dimuat naik ke portal pro-pembangkang Malaysiakini dan beberapa blog pro-pembangkang.

Dalam satu kenyataan kepada FeldaVoice, FELDA melalui Unit Komunikasi Korporat telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Rafizi bertarikh 5 Januari 2017 yang mendakwa pembayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka dibiayai melalui hutang.

“Ingin ditegaskan juga bahawa FELDA mempunyai keupayaan kewangan dan kemampuan sumber dalaman untuk membayar bonus ini kepada warga peneroka dan dakwaan YB Rafizi Ramli adalah tidak berasas sama sekali.”

“Pembayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka ini merupakan sebahagian daripada perbelanjaan tahunan FELDA yang telah dimulakan sejak tahun 2004 bagi tujuan memberi penghargaan kepada sumbangan peneroka dalam memajukan industri komoditi utama negara,” jelas FELDA.

“FELDA dengan ini menuntut YB Rafizi menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada FELDA dan masyarakat peneroka secara terbuka kerana perbuatannya telah mengguris hati peneroka dan menjejaskan reputasi FELDA,” kata FELDA.

UTAMAISU BONUS: FELDA NAFI KENYATAAN RAFIZI, TUNTUT TARIK KENYATAAN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium