Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm

Global

All countries
245,927,235
Confirmed
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
All countries
221,155,980
Recovered
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm
All countries
4,990,603
Deaths
Updated on October 28, 2021 19:39 7:39 pm

Isu Caj Perkhidmatan 6 Peratus Akan Dibincang Dalam Mesyuarat Kabinet Minggu Depan

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta syarikat telekomunikasi (telco)menangguhkan hasrat mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon pra-bayar.

Beliau berkata perkara ini akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu hadapan sebelum diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak.

“Masa dan ketika tidak kena sebab tiba-tiba diputuskan begitu,” katanya kepada pemberita selepas rancangan ‘Bicara Rakyat’ di Angkasapuri di sini, malam Jumaat.

Beliau berkata syarikat telco perlu mengambil kira hak pengguna memandangkan ada syarikat terbabit meraih keuntungan besar sekitar RM800 juta hingga RM1.2 billion setahun.

Rais menjadi tetamu rancangan ‘Bicara Rakyat’ yang disiarkan secara langsung di TV1.

Turut sama dalam barisan panel jemputan ialah pengamal media iaitu Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan, Editor Tugasan BernamaTV D. Arul Rajoo dan Ketua Eksekutif Editor Sin Chew Daily Kuik Cheng Kang yang membincangkan tajuk ‘Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera’.

Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Dalam pada itu, Rais berkata gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ bukanlah satu slogan semata-mata, sebaliknya ialah adalah satu cara hidup masyarakat di negara ini.

“Ia berbeza dari slogan-slogan (yang pernah diperkenalkan pada setiap hari kemerdekaan terdahulu) kerana 1Malaysia adalah cara hidup yang hendak kita lakukan dan ia mencapai ke arah wawasan 2020.

“Dengan lain perkataan, apa yang diasaskan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir kita ambil bersama-sama dan kita jadikan sebagai pentadbiran politik dan perjuangan kita,” katanya.

Sementara itu, Rais berkata beliau akan menghadiri satu persidangan mengenai jenayah siber yang akan diadakan di United Kingdom pada November depan.

Katanya persidangan itu yang akan disertai oleh semua negara Komanwel akan mencari cara atau tindakan yang boleh dikenakan terhadap jenayah siber untuk dijadikan peraturan yang sesuai diamalkan oleh negara-negara anggota.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021