Statistik Corona

Malaysia
2,112,175
Confirmed
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am
Malaysia
1,880,733
Recovered
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am
Malaysia
207,698
Active
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am
Malaysia
23,744
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,195,958
Confirmed
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am
Indonesia
4,002,706
Recovered
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am
Indonesia
140,805
Deaths
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am

Thailand

Thailand
1,500,105
Confirmed
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am
Thailand
1,352,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am
Thailand
15,612
Deaths
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am

Global

All countries
229,914,376
Confirmed
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am
All countries
204,891,725
Recovered
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am
All countries
4,715,548
Deaths
Updated on September 21, 2021 10:59 10:59 am

Isu doktor kontrak dibangkitkan di Dewan Rakyat

Isu petugas kesihatan lantikan kontrak mendapat perhatian beberapa Ahli Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) semasa sesi perbahasan menggesa kerajaan supaya tidak memandang ringan soal itu kerana doktor kontrak turut melaksanakan tugas secara bersungguh-sungguh sama seperti doktor berstatus lantikan tetap.

“Orang tu kerja, kerja setengah mati dan banyak terkorban. Saya gesa janganlah sampai doktor kena buat hartal dan mogok, kemudian kena buat tindakan undang-undang.

“Macam doktor ni, kalau terpaksa mogok memang dah kecewa betul tiada harapan,” katanya.

Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) pula berkata isu kemampuan sistem kesihatan dan kesiapsiagaan petugas barisan hadapan dalam menghadapi pandemik ini perlu diselesaikan segera.

Beliau mencadangkan kerajaan memberi keutamaan untuk menyelesaikan isu ini memandangkan petugas kesihatan termasuk petugas berstatus kontrak terpaksa memikul beban yang berat susulan peningkatan kes COVID-19 dalam negara pada masa ini.

Sementara itu, Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) meminta kerajaan menggunakan protes Hartal Doktor Kontrak itu sebagai ruang menyelesaikan isu berkenaan termasuk melaksanakan serta-merta perancangan untuk mereformasi sistem kesihatan.

“Saya harap kerajaan tidak ambil apa-apa tindakan kepada doktor yang menyertai protes, selesaikanlah dengan baik,” katanya.

Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) mencadangkan kerajaan perlu menawarkan kontrak perkhidmatan empat tahun kepada golongan itu, berbanding kontrak dua tahun sahaja.

Menurutnya dengan lantikan kontrak empat tahun itu, kerajaan boleh merangka pelan lebih baik untuk menaikkan perjawatan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi.

“Saya merasai perasaan doktor yang menyertai hartal pagi tadi, walaupun kita tak sokong tindakan itu, tetapi kita perlu merasai perasaan mereka,” katanya.

Kerajaan sebelum ini bersetuju agar pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan kontrak perkhidmatan untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Ia merupakan antara beberapa langkah penyelesaian segera yang dipersetujui Kabinet selepas kertas cadangan berhubung penambahbaikan kumpulan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak itu dibentangkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada Mesyuarat Kabinet pada 14 Julai lepas.

— BERNAMA

Berkaitan