25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

ISU FOREST CITY: MAHATHIR PEMFITNAH BESAR, KATA NAJIB

20170119-forest-city-mahathir-muhhiddin

Datuk Seri Najib Razak berkata bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad melakukan fitnah besar terhadap kerajaan negeri Johor dan Malaysia berhubung kenyataannya mengenai projek Forest City di Johor Bahru.

Perdana menteri menafikan dakwaan Mahathir kononnya seramai 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Johor di bawah projek itu dan diberi kewarganegaraan.

“Bila kerajaan negeri Johor luluskan Forest City, bila tanah itu ditebus, reclaim land, kita jual kepada orang luar atas leasehold (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja.

“Bila mereka membeli rumah, rumah itu di atas tanah kita. Jadi di mana soal kedaulatan negara kita terkorban,” katanya semasa berucap merasmikan program ‘Jom Bantu Rakyat’ di Desa Pandan di sini hari ini.

Beliau berkata rakyat China yang negara mereka sudah menjadi sebuah kuasa ekonomi dunia dan memiliki pendapatan tinggi tidak akan berhasrat untuk menjadi warga negara Malaysia.

Najib berkata warga China yang menyertai program “Malaysia My Second Home” juga tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia walaupun mereka menetap di negara ini.

Beliau berkata apa bezanya rakyat negara lain yang membeli rumah di Kuala Lumpur dengan rakyat China yang membeli rumah di Johor.

“Adakah kalau orang Amerika Syarikat atau Jepun beli rumah di Kuala Lumpur itu baik, tetapi orang China beli rumah di Johor itu tidak baik?,” soal perdana menteri.

Najib turut menjelaskan mengenai lawatan rasminya ke China baru-baru ini yang bertujuan untuk menarik pelaburan ke negara ini.

Beliau mengambil contoh kejayaan Dubai (UAE) yang dahulunya adalah padang pasir, namun kini telah menjadi sebuah bandar metropolis yang hebat dan rakyatnya mendapat pendapatan tinggi hasil daripada pelaburan luar dan pembangunan tanah.

“Kalau dasar Dubai berjaya, kita juga boleh bangunkan tanah kita,” katanya.

Mahathir sebelum ini dilaporkan mendakwa warga China yang ke Johor itu akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pada itu, Najib turut menempelak Mahathir berhubung kenyataannya semalam tentang hasrat DAP yang mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya akan datang.

Perdana menteri berkata selama 22 tahun Mahathir mengutuk veteran DAP Lim Kit Siang dengan mengatakan pemimpin itu rasis, anti-Islam dan anti-Melayu namun kini mahu memberikan jawatan nombor dua negara kepada parti itu.

“Kalau begitu keadaannya, kita tidak boleh harap masa depan kita. Janganlah kerana politik kita buat kenyataan ataupun dealing (sepakatan) seperti ini yang ada implikasi besar kepada kita semua,” katanya.

Justeru, katanya, rakyat tidak perlulah memikirkan mengenai perkara itu kerana yang diperlukan mereka adalah sebuah kerajaan yang boleh membawa negara ke hadapan.

“Saya dan rakan-rakan dalam kerajaan mahu membawa Malaysia ke mercu kejayaan sebagai antara 20 negara terbaik di dunia dalam masa 30 tahun lagi dan ini boleh dilakukan jika kita tidak terbawa-bawa dengan terlalu banyak politiking.

“Kalau kita tidak menghasut rakyat, kalau kita tidak mengelirukan rakyat dan kalau rakyat tahu hala tuju dan rakyat sokong, Insya-Allah kita akan sampai ke destinasi yang kita impikan dan hasratkan,” kata Najib.

Dalam ucapannya, perdana menteri turut mengumumkan kelulusan pembangunan semula projek perumahan rakyat termiskin (PPR) Sri Perlis 1 dan 2 di Keramat di sini yang akan dilaksanakan secara berfasa.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan dan menyerahkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menentukan butirannya.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Kewangan Kedua yang juga anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

Keputusan terkini #PRNSabah [Live Update]

Tidak Rasmi: Warisan : 17 GRS (BN/PN/PBS): 27 Bebas: 1 17.00 : Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah menamatkan pengundian sebentar tadi jam 5 petang. Kiraan undi dijangka...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan