Isu Gereja: MB Selangor Menghadap Sultan Sharafuddin - pakdin.my

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika difahamkan bagi mempersembahkan laporan siasatan berkaitan kes pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Menurut sumber, pertemuan tersebut diadakan secara tertutup.

“Menteri Besar menghadap Sultan Selangor pagi ini. Pertemuan tersebut atas urusan rasmi,” kata sumber itu kepada mStar Online.

Ketika ditanya butiran mengenai pertemuan tersebut, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Kenyataan rasmi mengenainya akan diberikan kemudian,” katanya.

Khamis lepas, JAIS mengesahkan kertas siasatan berhubung kes pemeriksaan ke atas DUMC telah selesai dan akan diserahkan kepada Khalid sebaik sahaja beliau pulang dari lawatan kerja ke Jerman.

Pengarahnya, Marzuki Hussin dipetik sebagai berkata, kes berkenaan akan disebut di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 19 Oktober depan. Pada 3 Ogos lepas, JAIS melakukan pemeriksaan ke atas DUMC selepas mendapat maklumat terdapatnya orang Islam menyertai majlis yang dianjurkan gereja itu serta ada maklumat berlaku penyebaran ajaran Kristian kepada mereka yang beragama Islam di gereja berkenaan.

Bagaimanapun, pihak penganjur yang dikenali sebagai Komuniti Harapan mendakwa mereka hanya menganjurkan majlis kesyukuran atau ‘thanksgiving’ di gereja berkenaan. Sehubungan itu, JAIS telah memanggil seramai 12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis anjuran DUMC itu untuk diambil keterangan bagi menyiasat dakwaan berlakunya kegiatan memurtadkan umat Islam pada majlis tersebut.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Khalid campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung pemeriksaan yang dilakukan pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

UTAMAPOLITIKIsu Gereja: MB Selangor Menghadap Sultan Sharafuddin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium